𝐙&𝐄 𝟏

20.9K 1.1K 863
                                    

────────⊹⊱✫⊰⊹────────

𝕄𝕒𝕤𝕛𝕚𝕕 ℙ𝕦𝕥𝕣𝕒𝕛𝕒𝕪𝕒

"Aku terima nikahnya Eshal Zuhailin binti Muhammad Kamal dengan mas kahwinnya 10 ribu ringgit tunai" 

Sah? 

Para saksi yang hadir menganggukkan kepala kepada tok kadi menandakan ianya sah. 

Alhamdulillah....

Semua tetamu yang hadir menadah tangan membaca doa.

20 Julai 2045

Seorang CEO muda berumur 26 tahun yang sangat terkenal di seluruh dunia oleh kerana ketampanan dan bakatnya dalam bidang perniagaan kini sudah berkahwin dengan seorang wanita pilihan keluarganya.

Zafran Fuhaid, nama yang amat dikenali dan sangatlah disegani oleh semua. Usahawan muda yang berjaya serta mempunyai phD itu menjadi idola kepada semua.

Hampir 500 buah hotel mewah dan syarikat telah menjadi miliknya.

Dengan wajah yang sangatlah kacak walaupun dia tiada pertalian darah atau apa-apa kacukan, dia pandai menjaga keterampilan dirinya membuatkan dia sentiasa kelihatan tampan dan bergaya.

Senang cerita, Zafran Fuhaid mempunyai segalanya. 'Almost perfect'.

Mesti anda tertanya, mengapa 'almost'?

Tiada apa yang sempurna di dunia ini, termasuklah Zafran Fuhaid sendiri.

Mengapa? Kerana dia meminati akan kaum sejenis.

Ya

Zafran Fuhaid ialah seorang gay.

Itu merupakan punca utama mengapa perkahwinan ini berlaku. Tuan Zaqwan dan Puan Farihah menyedari akan anak sulung mereka yang meminati kaum sejenis.

Walaupun sudah diberi pendidikan agama yang sepenuhnya, Zafran Fuhaid tetapi tidak berubah. Mudah terpengaruh.

Keadaan semakin teruk apabila Zafran Fuhaid dibawa ke luar negara untuk meneruskan pelajarannya. Disitulah bermulanya perangai liar Zafran Fuhaid yang tidak dapat dibendung.

Eshal Zuhailin.

Wanita berumur 24 tahun yang sangat sopan serta seorang yang menjaga ikhtilatnya sebagai seorang wanita.

Pemakaiannya yang labuh dan bertutup itu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat akan berkata 'sejuk mata memandang'. Pertuturannya juga lembut melengkapkan lagi pakej.

Apakah kaitannya dengan Zafran Fuhaid?

Ibu Zafran iaitu Puan Farihah merupakan rakan baik kepada arwah Ibu Eshal. Selepas Ibu dan bapa Eshal meninggal dunia oleh kerana kemalangan, Eshal dan Ezra dijaga oleh Puan Farihah dan Tuan Zaqwan.

Oleh kerana terhutang budi kepada keluarga Puan Farihah yang telah membantu menjaganya dan Adiknya, Eshal terpaksa mengatakan 'Ya' atas perkahwinan ini.

Dia tahu akan perangai Zafran yang gelap itu, oleh itu dia menyahut cabaran untuk membantu Puan Farihah dan Tuan Zaqwan dalam mengubah Zafran kepada seseorang yang lebih baik.

MY GAY HUSBAND ZAFRAN FUHAID ⒸWhere stories live. Discover now