21. JEFF HAMZ KEMBALI!!

57 14 9
                                    

Masih ingat lagi seorang penulis kerdil yang berangan-angan besar bernama Jeff Hamz? Masih ingat penulis Jangan Buka Hijabku dan Nota Dari Penjara?

Sayalah Jeff Hamz itu yang kini muncul kembali!

Sudah 8 bulan saya tak bersiaran di Wattpad. Kali terakhir saya muncul ialah pada 14 Februari 2021. Tu dia...lamanya!

Lepas 14 Februari tu pelbagai ujian ditempuhi. Covid menyerang dengan begitu kejam. Ramai yang hilang kerja. Ramai yang bunuh diri. Ramai juga yang gantung bendera putih di depan pintu rumah.

Saya dan keluarga terdekat juga tak terkecuali dari ujian itu. Ada yang dijangkiti covid. Ada yang akhirnya dijemput Illahi. Air mata yang tertumpah tak terhitung lagi. Sakit tak terperi..

Dalam tempoh 8 bulan itu banyak kejadian luar jangka berlaku. Akhirnya  saya ambik keputusan gantung pena hingga keadaan kembali reda. Tapi bila dah lama gantung pena, minat menulis pun beransur pudar dan pupus. Nak menulis pun seperti dah hilang skill..

Dan kini saya kembali ke sini. Kembali menjejakkan kaki semula ke Wattpad selepas begitu lama mengasingkan diri. Saya kembali kerana seperti sudah ada keyakinan untuk menulis lagi.

Do'akan saya kembali ada masa untuk aktif menulis seperti dulu walaupun hakikatnya untuk kembali ligat seperti dulu nampak ada banyak kekangannya.

Nota Dari PenjaraWhere stories live. Discover now