14 : Him

58 18 34
                                    

Kampung Tanjung Jara.

Nek Khadijah menyapu sendirian di laman rumahnya . Apalah sangat aktiviti yang warga emas sepertinya ingin lakukan. Inipun sudah berhari-hari laman rumah yang dihuninya hampir lebih lima puluh tahun tidak disapu. Dek kerana rindu kepada cucu kesayangan nya, Nek Khadijah sering terhanyut dalam lamunan sendiri. Nama Ariana tidak pernah terlepas daripada doa yang dipanjatkan Nek Khadijah setiap kali selepas solat. Rindunya sungguh mendalam.

Selepas menunaikan solat asar, Nek Khadijah mengambil keputusan untuk mengambil angin di pangkin buatan suaminya yang terletak dibawah pokok rambutan di hadapan rumahnya. Ulah kanak-kanak yang bermain berkejaran ditonton nya dengan senyuman . Terimbau pula memori ketika Ariana seusia mereka. Nek Khadijah benar-benar dilamun rindu.

"Jah!"

Panggilan suaminya Tok Rahman menarik Nek Khadijah kembali ke realiti. Terhinjut kedua belah bahunya disergah secara tiba-tiba. Dadanya diurut sambil melafazkan istighfar berkali-kali.

"Allahu.. abang ni pun , bagi lah salam dulu. Buatnya saya kena hat attack, tak pasal-pasal saya ' jalan' dulu.",bebel Nek Khadijah tidak puas hati. Tok Rahman sekadar tersengih seperti kerang busuk.
Segera Tok Rahman turun dari motor nya dan mendapatkan Nek Khadijah yang duduk di pangkin.

Entah daripada mana muncul suaminya, Nek Khadijah pun tidak tahu. Pastinya baru pulang dari Masjid selesai menunaikan fardu asar.

Tubuh Nek Khadijah dipeluk.

"Takde nya lah awak 'jalan' dulu. Sampai hati nak tinggal saya sorang-sorang kat sini. Lagi satu, bukan hat attack, heart attack la Dijah oi.."

Perlakuan suaminya menyebabkan Nek Khadijah tersenyum. Tidak jadi marah. Suaminya pandai benar berjenaka. Syukur Nek Khadijah panjatkan pada Ilahi dikurniakan suami persis Tok Rahman.

Tok Rahman leraikan pelukan. Malu jika ditonton jiran-jiran. Pandangannya turut dikalihkan pada kanak-kanak yang rancak bermain berkejaran di padang. Terasa sayu pula hati tuanya. Tok Rahman tahu, pasti isteri nya begitu merindui cucu kesayangan mereka.

Ariana dididik sedari kecil oleh Nek Khadijah sehinggalah remaja. Meskipun mereka sudah lama tahu perpisahan ini bakal berlaku, namun Tok Rahman dan Nek Khadijah tetap berasa rindu dan terkilan. Cucu gadis mereka yang diterapkan penuh ilmu agama dan adab, dibawa tinggal ke negara yang majoritinya bukan muslim. Risau cucu kesayangan mereka diuji dengan culture shock.

"Saya rindu Ana .."

Luahan Nek Khadijah membuatkan hati Tok Rahman turut sayu.

"Alahai awak ni, Rilekslah. Lagi tiga minggu, baliklah si Ana tu.. cuba bawak bersabar sedikit. Lagipun si Ana tu tiap-tiap hari call dan vc dengan awak. Haih.."

Nek Khadijah mengeluh panjang. Cakaplah apapun, hati ini tetap merindui. Bukan baru kali ini suaminya berkata sebegitu, sudah hampir sepuluh kali perkara yang sama keluar daripada mulut suaminya. Terasa matanya bertakung.

"Awak ingat tak lagi, masa kita hantar Ana ke taska dulu?"

"Hari pertama ye?", Soal Tok Rahman inginkan kepastian. Dahinya berkerut cuba mengingat semula. Nek Khadijah mengangguk.

"Waktu kita nak ambil Ana pulang dari taska, waktu tu jugak ada sorang budak perempuan main gelungsur kepala ke bawah kaki keatas. Awak pun cakaplah pada saya, ingatkan cucu kita je yang lasak, rupanya anak orang lain jauh lebih lasak ye?"

Tok Rahman ketawa berdekah-dekah. Mahu tidak ingat peristiwa tersebut? Itu antara kenangan manis bagi mereka berdua sebagai seorang penjaga.

"Hahaha. Tengok-tengok cucu kita!"

Little RedWhere stories live. Discover now