Chapter 80: Camellia Flower

86 14 1
                                    

Asher membetulkan sedikit rambutnya yang telah ditolak angin sebentar tadi. Lalu dia pun berdiri. "Mari kita pergi."

Dengan itu, John yang menemaninya segera berjalan mengikuti tuan putera itu namun setelah mereka tiba di tangga, Asher secara tiba-tiba berhenti.

Terdapat seorang gadis yang berada dihadapan Asher. Apabila dia ingin melangkah ke tepi, gadis itu serentak melangkah ke arah yang sama. Pengiring mereka cuma berdiam diri sahaja. Sudah semestinyalah mereka hanya boleh melihat dengan rasa janggal disebabkan tidak boleh melanggar tatacara sebagai pembantu.

Kemudian, Asher segera melangkah ke tepi dan memberikan laluan kepada gadis itu, turut diikuti oleh John. Gadis itu cuma menggerakkan bibirnya untuk mengucapkan 'terima kasih' tanpa suara kepadanya.

Tatkala gadis itu sudah pun berlalu pergi, Asher kembali melangkah menuruni tangga sambil menyoal, "Tadi itu bukankah Cik Carla Yeager?"

"Hm? Ah. Ya, ya. Itu sememangnya dia." Balas John, sedikit kelam-kabut.

Untuk sementara waktu, Asher berdiam diri. Ada banyak perkara yang terlintas didalam fikirannya pada masa ini. "John, ada kedai bunga berdekatan dengan kafe ini bukan?" Soalnya dan selepas mendengar balasan 'ya' dari pembantunya, dia berkata lagi. "Pergi beli bunga Camellia putih dan berinya kepada dia."

"...ya." John berasa sedikit hairan dengan arahan tuan puteranya tetapi dia mengikuti sahaja.

____________

"Huh?" Carla agak terkesima tatkala lelaki yang tidak dikenali secara tiba-tiba memberikannya sejambak bunga. "Untuk saya?"

"Ya, benar Cik Carla." John mengiyakan sambil tersenyum riang.

"Err..." Dia mengerling sekilas maidnya sebelum bertanya lagi, "Dari siapa?"

"Dari tuan saya yang cik jumpa ditangga tidak lama tadi."

"Ah...betulkah? Tapi saya tak pernah melihat dia..."

"Saya rasa saya patut pergi sekarang. Saya tak mahu membuatkan tuan saya menunggu." John segera memintas dan berjalan pergi selepas menundukkan kepalanya sedikit. "Whew..."

*

*

*

"Lihat, tuanku. Ia tidaklah susah, bukan?" Sopan Adam bertanya walaupun dia berasa sedikit geram dengan tuan puteranya itu. "Jadi, tahniah kerana dapat menyiapkan tugasan tuanku." Ucapnya.

Joshua hanya diam menghiraukan sahaja lelaki itu sambil kakinya dengan pantas melangkah di koridor istana itu. "Beta mahu berehat, jadi jangan benarkan sesiapa masuk ke dalam bilik beta." Katanya, kemudian apabila dia sudah tiba dihadapan biliknya dia segera memulas tombol pintu tanpa menunggu pembantu tolong membukanya.

Slam!

Bunyi hempasan pintu membuatkan Adam tersentak. 'Dia betul-betul penat ke? Atau mungkin dia tengah marah...? Mesyuarat serta menulis apa yang dimahukan sahaja dia perlu buat.' Dia mengeluh. 'Umur mahu dekat 30 pun masih lagi berperangai budak-budak. Disebabkan kerabat diraja Adoria cuma dia dan Raja Jayden, aku tertanya...tunggu! Aku lupa beritahu tuan putera yang ada seseorang mahu berjumpa dengannya...! ' Lalu dia segera mengetuk pintu dan membukanya. "Tuanku, maafkan patik tapi Lady Laris...sa..."

Adam terdiam. Ruang bilik itu langsung tidak mempunyai orang. Hanya kesunyian sahaja mengisi dan matanya boleh melihat jaket Putera Joshua terdampar diatas meja. "Hah... Seriously. Patutlah dia diam saja dari tadi...!"

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now