Chapter 87: Tale of Time

96 17 7
                                    

"Tuan, kita sudah tiba."

Sebelum ini, Louis ada memberitahu si pemandu agar membawa mereka ke sebuah kedai jam bernama 'Tale of Time' dan sekarang kereta kuda ini sudah berhenti tepat dihadapan kedai tersebut.

Di kedai lama yang sempit itu, tiada seorang pun pelanggan yang berada disini kecuali seorang perempuan yang tidak lebih daripada 14 tahun, iaitu pekerja disini. Udara didalam situ terasa pengap sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke kedai tersebut.

"Selamat datang." Perempuan itu segera menyapa mereka. Dia sememangnya tahu apa yang membuatkan mereka datang ke sini. "Tuan-tuan, sila ikut saya."

Louis hanya mengikuti sahaja tanpa bercakap apa-apa. Jika dia tidak silap, perempuan ini adalah pelajar Cassandra dan berkemungkinan besar bakal menjadi penyihir masa yang seterusnya.

Sementara itu, mata Viktor melilau melihat barang-barang yang terletak disitu sambil berjalan dibelakang Louis. Daripada jam poket kecil sehinggalah yang besar, terdapat juga barang yang dia tidak tahu apa kegunaannya serta pelbagai jenis barang pelik yang terlihat disebalik kain yang menutupinya.

'Kenapa Louis mahu ke sini? '

Hampir semua barang disitu dipenuhi dengan habuk. Ianya barang yang sangat lusuh bagi Viktor dan ini membuatkan dirinya berasa tidak selesa.

Setelah menaiki tangga dan masuk ke sebuah bilik, perempuan itu berhenti.

"Kita sudah tiba. Silalah duduk."

Nadanya kedengaran begitu tenang tetapi ianya menghairankan diri Viktor. Bagaimana mahu duduk sedangkan tiada kerusi dan lantai pula... dipenuhi dengan debu. Bagaikan sudah berhari-hari tidak disapu.

"Terima kasih, kamu boleh pergi."

Perempuan itu menundukkan sedikit badannya sebelum berlalu pergi.

"...dan sekarang, Cassandra." Panggil Louis.

Sunyi. Tiada sesiapa yang membalas namun selepas itu, bilik ini secara tiba-tiba bersinar dan berubah menjadi sebuah bilik yang boleh diduduki. Beberapa buah kerusi yang diukir kemas tersusun rapi berhadapan dengan sebuah meja. Lantai yang sebentar tadi penuh dengan habuk telah hilang begitu sahaja.

"Hello, tuan-tuan. Selamat datang."

Mereka berdua terdengar suara seorang wanita menyapa mereka walaupun begitu, tiada pun kelibatnya berdiri disitu.

"Cassandra, diri kamu yang satu lagi mahu saya berjumpa dengan kamu." Ujar Louis setelah duduk dikerusi yang disediakan.

"Oh, betulkah?"

"Ya, dan dari garis masa yang mana kamu datang?"

"Garis masa dimana Putera Mahkota Eurasia telah mangkat."

"Huh?!" Viktor tersentak tatkala terdengar suara seorang wanita berbisik disebelah telinganya. Lalu dia segera berpaling ke belakang.

Wanita yang berambut hitam tidak mencecah bahu itu hanya tersenyum melihat rupa yang dipenuhi dengan rasa terkejut dan keliru oleh lelaki tersebut. "Tuan putera, boleh tak hilangkan magik penyamaran lelaki ini?"

Beberapa saat kemudian, Cassandra akhirnya dapat melihat diri Viktor yang sebenarnya. "Oh?" Dia agak terkesima. "Kali ini tuanku tak lakukannya nampaknya."

Viktor mengerutkan keningnya. Sementara Louis sudah tentu faham dengan apa yang diucapkan oleh penyihir itu. Pada masa lalu, hubungan dia dan Viktor sudah pun menjadi renggang ketika ini. Oleh itu, jarang sekali untuk melihat mereka berdua berbual atau berjalan bersama.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now