08 Jealous

198 13 0
                                    

Enjoy !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Enjoy !

—————

Hubungan 'kawan' antara Yuri dan Sungchan semakin rapat buatkan ada yang cemburu. Antaranya para pelajar perempuan di Universiti itu kerana Sungchan memang popular dan menjadi kegilaan ramai.

Di samping itu, Jisung... entahla dia pun tak faham dengan perasaannya sendiri

Saat Yuri dan temannya berjalan di koridor, mereka ditegur oleh Sungchan

"Annyeong haseyo Sunbaenim." ujar ketiga wanita itu

Sungchan melemparkan senyuman "Yuri, kalau awak tak keberatan kita jumpa sekejap boleh ?"

Gadis itu ragu untuk mengiyakan namun terpaksa setuju. Mana tahu mungkin perkara penting.

***

"Jisung-ah asal monyok ja ni."

Lelaki itu hanya melepaskan nafas panjang, tidak menjawab pertanyaan Renjun

"Kau cari je la pengganti baru. Banyak tengah beratur tunggu kau tu." sahut Chenle

"Buat apa ?"

"Kau tengok keadaan kau sekarang ni. Sudah-sudah la tu broken."

"Mana ada aku broken."

"Eh tak mengaku."

"Yeji tunggu kau balas perasaan dia. Kau terima je la."

Penyataan Renjun menarik perhatian kedua lelaki tersebut. Chenle mengangguk kukuh

"Sampai bila kau nak macam ni Jisung. Kau berharap dia balik dekat kau ?"

Lelaki itu hanya mendiamkan diri

"Dia yang tinggalkan kau takkan dia nak ajak kau getback balik. Kalau kau nak sangat dekat Yuri kau pergi la bagitahu dia."

"Kenapa pulak aku kena bagitahu dia. Nampak sangat aku beria." Jisung membalas ucapan Renjun

"Susah la kau ni. Ego tinggi tapi penakut." balas Chenle

Renjun tertawa kecil "Kau nampak kan macam mana Yuri tu rapat dengan Sungchan. Dia cantik jangan sampai orang lain dapat menyesal kau nanti."

***

"Kenapa sunbae nak jumpa saya ?"

"Yuri, apa awak fikir tentang saya ?"

"Sunbae seorang yang baik hati, atlet yang hebat and hensem sebab tu ramai suka." gadis itu tertawa kecil

Jantung Sungchan berdebar kencang mendengar tawa manis itu. Fikirannya tak tentu arah memandang Yuri

"Kenapa sunbae tanya ?"

"Yuri, sudi tak awak jadi teman wanita saya."

Gadis itu tergamam. Lidahnya kelu untuk membalas kalimat itu. Dia langsung tak menjangkakan ini

"Yuri ?"

"......"

"Yuri ?"

Gadis itu akhirnya sedar dari lamunan. "Maaf sunbae saya masih tak dapat terima mana-mana lelaki lagi sekarang." Yuri membungkuk badan sedikit tanda minta maaf

"Hati awak ada orang lain ?"

Kalimat itu buat Yuri terdiam

"Saya tak minta jawapan awak sekarang." Sungchan menatap gadis hadapannya "Saya hanya nak awak tahu perasaan saya sekarang. Lega bila dah luahkan semuanya." lelaki itu mengukirkan senyuman kemudian meminta izin untuk pergi dari sana sebelumnya mengusap pucuk kepala Yuri

Gadis itu terkaku di tempat

.

.

.

"Minju-ah."

"Apa lagi kau nak."

"Dengar dulu apa yang aku nak cakap."

"Kau nak cakap apa lagi, Jaemin. Aku nampak semua yang kau buat."

"Semua tu bukan macam yang kau fikir. Aku minta maaf." Jaemin merangkul kedua bahu gadis itu

Minju mengalirkan air mata

"Aku masih cintakan kau Minju." lelaki itu mengusap jejak air mata Minju dengan lembut kemudian menarik gadis itu masuk ke dakapannya

-To be continued...

Dear Ex | Park Jisung √Where stories live. Discover now