Teaser 3

1.4K 119 2
                                    

"Budak tu tiap malam memang tak tidur ke? Membingit je kerja." Nurul bersuara lagi. Dia memang betul-betul rimas bila setiap malam Sufi menangis. Dia terpaksa tekup telinga dengan bantal. Terfikir juga nak pindah bilik lain, tapi nanti apa pulak kata keluarga Zakuan.

"Dia lapar." Jawab Zakuan.

"Dah tu bagilah susu dekat dia." Nurul bagi penyelesaian.

"Dia tak mahu minum susu botol."

"Mengadanya tak nak susu botol. Lepas tu nak susu apa? Susu kambing?" Nurul menyindir. Meluat pula dengan budak kecik itu. Demand kemain.

"Dia nak susu ibu dia." Zakuan jawab pendek.

Terdiam terus Nurul mendengarnya. Dia gerakkan rahang. Lepas tu dia mendengus dan masuk ke dalam selimut. Tak mungkin dia akan susukan Sufi. Ugh.

Sufi Untuk Mama (Terbit Ebook)Where stories live. Discover now