PROLOG

3.7K 110 4
                                    

SHUSH....SHUSH....SHUSH....

Sejambak bunga diletakkan di atas kubur itu. Kaki payungnya digenggam dengan erat. Bibirnya diketap.

Fikirannya kini kosong. Segala memori yang dicipta oleh mereka berdua seakan-akan semakin menghilang dari fikirannya.

Tangan kanannya mengusap perutnya yang besar tersebut. Senyuman tawar melakar pada bibirnya.

" Akak, jom balik. Dah dua jam kita dekat sini. "

Kepalanya dianggukkan dengan perlahan. Menurut sahaja kata-kata adik perempuannya itu.

Semakin jauh dirinya dari kubur tersebut, wajah lelaki itu semakin memudar dari fikirannya.

Punggungnya dilabuhkan di atas tempat duduk penumpang. Tali pinggang keledar dipasangkan.

Enjin kereta mula berbunyi. Kelopak matanya dipejamkan. Tanpa dijangka, air mata mula mengalir pada pipinya.

Bagaimanakah dia ingin meneruskan hidupnya lagi tanpa lelaki yang dicintainya itu?
________________

Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek jaketnya. Lelaki tersebut tertawa kecil.

Ini kali pertama, dia menghadiri pengebumian dirinya sendiri.

" Boss, it is time for us to go. ", kepalanya dianggukkan.

Tangan kanannya dilambaikan dengan perlahan, menyuruh lelaki tua itu untuk masuk ke dalam keretanya terlebih dahulu.

Anak matanya menatap dengan lama ke arah seorang gadis.

" Wait for me, my angel. "

Pintu keretanya dibuka. Punggungnya dilabuhkan di atas tempat duduk penumpang.

Semua ini telah dirancang olehnya dengan teratur. Dan sangkaannya tepat, ia berjalan dengan baik sekali.

Ada sebab mengapa dia merancang semua ini. Namun hanya lelaki tersebut sahaja yang tahu.
________________

𝐒𝐞𝐝𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐫 𝐊𝐡𝐚𝐢

𝑊𝑅𝐼𝑇𝑇𝐸𝑁 𝐵𝑌 : creamyminty
𝑃𝑈𝐵𝐿𝐼𝑆𝐻 𝑆𝐼𝑁𝐶𝐸 : 2/11/2021

Seducing Mr KhaiOnde as histórias ganham vida. Descobre agora