BAB 6

520 24 2
                                    

_________________________________________

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

_________________________________________

You will always be my first priority and my obsession, my love

I love you, Anastasia Althea Lorenzo

Air mata yang sedari tadi berkumpul di tubir matanya, kini jatuh membasahi pipi gebunya. Kelopak matanya dipejam sebentar.

Dadanya dipegang dengan perlahan. Bahunya terhinjut-hinjut, menahan rasa perit di hati yang kini dia rasakan. Bibir bawahnya digigit perlahan.

Sakit.

Terlalu sakit baginya untuk menerima kenyataan bahawa dirinya dan juga kekasihnya tidak akan dapat disatukan.

Lagi sakit apabila dia mengetahui tiga minggu lagi dirinya akan berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali olehnya.

Mengapa dirinya yang harus menjadi mangsa dalam perjanjian persahabatan bapanya?

Air matanya dikesat dengan kasar. Perutnya yang sedikit membuncit itu, digosok perlahan.

Bimbang akan keselamatan kandungannya yang baru sahaja mencecah usia empat minggu itu.

Anastasia pada awalnya ingin menggugurkan anak di dalam kandungannya ini, namun jika difikirkan kembali, mungkin ini adalah hadiah peninggalan terakhir buatnya dari Zayn.

Sekurang-kurangnya, anak ini akan menjadi bukti kisah percintaan mereka berdua.

Walau apa pun yang terjadi, dia akan tetap menyayangi anaknya bersama Zayn dan melindungi anaknya.

TOK! TOK! TOK!

Bunyi ketukan pada pintu biliknya menyebabkan gadis berambut hitam tersebut yang sedang mengelamun, tersentak.

KREK!

Anastasia menolehkan kepalanya ke arah pintu biliknya sebaik sahaja pintunya dibuka dengan perlahan.

Melihat beberapa orang wanita tua yang merupakan pembantu rumahnya mengorak langkah mereka masuk ke dalam biliknya, membuatkan gadis itu tersenyum tipis.

Disangkakan, yang membuka pintu biliknya sebentar tadi adalah pengawal peribadinya yang dikirim oleh bapanya, namun sangkaannya salah apabila pembantu-pembantu rumahnya yang muncul.

" You look beautiful, miss Anastasia. Mind if I put this beautiful necklace on you? "

Anastasia mengangguk laju, memberikan persetujuan darinya bagi salah seorang dari pembantu rumahnya tersebut untuk memakaikan seutas rantai perak yang tersimpan elok di dalam sebuah kotak kecil berwarna merah muda, yang sedang dipegang oleh mereka.

Gadis berambut hitam itu hanya memerhatikan sahaja wanita tua dihadapannya itu memegang rantai tersebut dengan penuh berhati-hati lalu dipakaikan rantai itu pada lehernya.

Cantik!

Rantai perak yang dihiasi permata kecil berwarna biru langit itu, cukup dapat memukaukannya.

Pasti rantai ini merupakan hadiah pemberian dari Riccardo, iaitu tunangnya.

Seducing Mr Khaiحيث تعيش القصص. اكتشف الآن