💚 Hyunjae > Struggling

172 32 23
                                    


YOU AS LEE YOUNGMIN

🥀


"Ugh... finally..."

Klik!

Youngmin mencantumkan hujung bucu lapisan kertas dengan hembusan tenang

Akhirnya, assignment yang sepatutnya dilakukan berkumpulan, siap ditangan Youngmin

Biasalah, kalau diminta untuk membuat kerja dengan ahli yang tidak memberi kerjasama tetapi mahukan markah, perlu melalui perkara sebegini

Youngmin mengangkat kedua belah tangan keudara merenggangkan badan sebelum bangun

Sempat dia menilik jam yang menunjukkan pukul 8 pagi. genap 12 jam dia tidak tidur menyiapkan kerjanya tersebut

"Breakfast... astu tidur" Rancang Youngmin kemudian menuju ke luar dari biliknya

Daripada bilik lagi dia boleh mendengar suara ahli keluarganya sedang menikmati sarapan sambil bersembang kencang

Maklumlah, keluarga sebelah bapanya juga datang bertandang untuk sarapan pagi. Puan Lee yang mengajak mereka

Masuk saja ke pintu dapur, semua orang tertumpu pada Youngmin

Eomma Youngmin terlebih dahulu menepuk tangan

"Baguss~ Anak dara baru nak bangun? Hm... Sampai ke tualah membujang kalau buat perangai macam ni. Langsung tak tolong orang dekat dapur" Kata puan Lee sedikit sebanyak buat Youngmin kecewa

Dia terpaku diam di pintu dapur

"Tunggu apa lagi? Ikutkan hati, nak biar je kamu duduk dalam bilik. Tak payah makan, tak payah bergaul dengan keluarga sendiri. Seronokkan duduk dalam bilik sorang sorang? Takde orang nak ganggu. Nak bergaul dengan family ni low class. Bukan study pun..." Sambung Puan Lee pedas

"Ish awak ni..." Tegur Tuan Lee pula

Bagaikan pisau menikam dada Youngmin. Kata kata Puan Lee tersebut buatkan Youngmin menangis. Air mata bertakung menanti bila bila masa untuk pecah

Siapa saja yang tak sakit apabila dituduh tak mahu bergaul dengan keluarga sedangkan kita sibuk menyiapkan assignment? Lagi lagi kita dah berusaha tapi tiada siapa yang memahami usaha kita

"T-takpelah eomma..." Ujar Youngmin perlahan berpatah balik menuju ke bilik semula

"Hm eloklah tu" Puan Lee memutarkan mata menyampah

Di satu sudut, Hyunjae memandang sayu Youngmin yang sedang mengelap air mata dalam diam

Jelas sekali gadis itu tidak tidur malam kerana lingkaran hitam pada mata dan kelihatan mata Youngmin lebih sepet dari biasa. Wajah Youngmin juga nampak pucat

Sebagai pensyarah pratical di universiti Youngmin, dia tahu bahawa gadis itu telah berusaha menyiapkan kerja sebelum dihantar esok hari hingga tak tidur malam

Walaupun bukan tugas dia memberi kerja, aktiviti kelas Youngmin selalu diikuti Hyunjae memandangkan dia sangat prihatin dengan adik sedaranya

Hyunjae bangun dari kerusi mengambil seketul roti croissant dan juga sekotak susu

"Hyunjae kamu nak pergi mana? Habiskan ni dulu"

"Hyunjae dah kenyang lah eomma"

🥀

YOUNGMIN'S POV;

Sejurus aku menutup pintu dengan rapat, kaki aku jadi lemah hingga buatkan aku tersandar pada pintu

𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now