💚 Changmin > Organs Dealer

135 23 11
                                    


YOU AS JIYEON

🥀


JIYEON'S POV;

"seriouslah dia yang nak bunuh laki aku tu?" Aku menggigit kuku sambil memandang seorang lelaki yang telah terikat pada bangku dengan kepala terlentuk tak sedarkan diri

Kain yang menutup dari hidung sehingga mulut masih terpakai tak dibuka

"Betul miss. Dia nilah. Boleh la buat projek. Takde masalah kesihatan dia ni. Merokok pun tak"

Aku mendekati dia dan meneliti pakaian yang lelaki ni pakai

Segala senjata dekat poket aku keluarkan dan kumpul ditempat lain

"Aigoo... at least nak culik orang pun, tak payahla sampai nak cekik" Bebel aku perlahan membuka tali tie yang senget dan ketat pada leher dia

Serentak itu, mata lelaki tersebut terbuka memandang tepat menikam mata aku

Disebabkan terkejut, aku cuma terkedu berlawan mata dengan dia

"Jiyeon...?" Nama aku disebut lemah oleh dia

"Ah betullah! Jiyeon! Siapa ikat aku ni??" Dia goyangkan badan untuk terbuka dari ikatan

"Y-yah nuguya?" Teragak agak aku mencapai penutup muka

Bila dah pegang, tanpa lengah aku rentap laju

"Ji changmin?!" Sebut aku separa jerit sehingga menutup mulut tak sangka

"Eo! Kau bukan dah tidur ke tadi?!"

"Awak bukan dekat office?"

Masing masing senyap buat sementara waktu

"Chakaman... Jiyeon ah... kenape aku terikat dekat sini? Dan kenape kau pakai pakaian macam tu?"

"Miss Jiyeon!"

Tangga besi berbunyi kuat menandakan anak buah aku tengah berlari menuruni tangga

"Wrong target! Kita culik salah orang! Yang tu--..." Kevin matikan kata katanya sambil terpaku memandang Changmin

"Y-your husband?" Aku mengangguk menyilangkan tangan pada dada

"Yes. All of you just kidnapped my husband" Kevin tersengih menggaru belakang tengkuk

"Jiyeon ah. Ape benda ni? Aku tak faham" Aku pusing kearah Changmin lalu mengeluh menghampiri kerusi dan membuka ikatan

"Awak, nanti saya bagitahu awak okey? Panjang nak cerita" Masa aku tengah bukak ikatan, aku perasaan sesuatu dekat lengan dia

Tattoo harimau dekat bahagian lengan dia tempat dia selalu tampal plaster

Tapi lambang ni... Lambang mafia? Eh?

"Changmin ah, awak buat ape dekat belakang lorong tadi?"

"Rahsia"

"Tak, sekarang awak tak boleh berahsia dengan saya. Saya tahu awak sorokan sesuatu. Baik cakap" Dia menggeleng kepala

"Bukaklah cepat! Tangan aku sakit!"

"Andwae!" Aku ikat balik tangan dia seketat yang boleh

"Jiyeon ahh!!" Rungut changmin

"Awak mafia kan?"

"Lepaskan aku sebelum kau menyesal!"

"Cakap jelah ye ke tak!!" Suara aku pula meninggi

"Ye! Puas hati kau?! Lepaskan aku sekarang!" Selepas mendengar pengakuan tersebut, orang orang yang berada di dalam bilik semua terkejut

Aku terus bangun tanpa membuka ikatan tangan Changmin memandang kearah anak anak buah aku

𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now