° 1 °

310 32 2
                                    

"Hahahaha! Appa kejar dia!!"

"Younwoo, cepat Younwoo!"

Dagu bertongkatkan tangan seraya mata tertacap pada anak beranak sedang mengejar seekor tupai. Tubuh genit kanak kanak perempuan bernama Younwoo menjadi perhatian utama Juyeon. Gelagat comel kanak kanak itu sedang menggapai tangan hendak menangkap si tupai tidak bersalah sambil ketawa riang buatkan Juyeon senyum kecil

Tidak jauh daripada mereka, Juyeon bersenang lenang di atas sebuah pohon yang mempunyai dahan besar. Duduk bersila memerhatikan mereka. Kewujudan Juyeon di situ tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia buatkan dia mudah untuk mendekati mereka

Dia, makhluk mistik yang boleh bertukar bentuk. Salah satu makhluk yang menjadi bahan cerita dongeng untuk kanak kanak. Mereka wujud. Namun tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia. Spesis yang menjaga alam semesta tanpa ketahuan sesiapa. Setiap shapeshifter mempunyai fungsi mereka di dalam dunia ini kerana elemen dan kuasa mereka sendiri. Berbeza dengan Juyeon, masih mentah. Belum menerima sebarang tugas dan fungsi

Bunyi decitan laju menghentikan lamunan Juyeon. Tersedar tupai yang dikejar tadi sudah memanjat pokok tempat dia sedang berehat. Juyeon guling mata menyampah

"Yah. Aku tak izinkan kau naik sini. Cari pokok lain"

"Cit cit cit cit!!"

"Tch baru nak mintak maaf? Maaf kau tak diterima. Turun sekarang. Sebelum aku tendang kau laju laju" Ugut Juyeon seraya mengangkat sekilas kaki panjangnya berura untuk menendang si tupai itu

"Kalau kau tak curi makanan aku tadi, dah lama aku tolong kau. Tapi itulah. Siapa suruh kau mencuri?" Bebel Juyeon lantas menangkap tubuh tupai itu daripada belakang. Senyuman nakal ditarik

"Ini hukuman kau" Ujar Juyeon. Kemudian, Juyeon baling tubuh kecil haiwan itu kearah si bapa. Tak semena mena bahu lelaki itu menjadi tempat mendarat ia

"Yarkk!!"

Terkejut. Namun tidak berputus asa untuk menangkap haiwan genit itu. Si bapa berterusan menangkap walaupun ia berjaya melarikan diri

"Ish laju betul!" Keluhnya

Disebabkan terlalu fokus memburu tupai, anak sendiri terabai seketika. Younwoo kepenatan. Tercungap nafas si kecil itu sambil tangan diletakkan pada batang pokok tempat Juyeon berada

Juyeon berdecit. Tidak suka bila kawasan rehatnya dijajah orang lain. Juyeon tundukkan tubuhnya melihat gadis kecil itu

"Cepatlah pergi. Kacau aku nak tidur. Shuh shuh!" Halau Juyeon

"Eo?" Tiba tiba saja Younwoo mendongak keatas selepas mendengar suara seseorang

Mata mereka bertembung. Younwoo mengukir senyuman lebar. Terlihat barisan giginya yang comel sambil memandang kearah Juyeon. Reaksinya gembira. Berbeza dengan Juyeon. Seluruh tubuh sudah kejung. Seinci pun tidak mampu digerakkan dek terkejut. Wajah Juyeon memucat

'Dia boleh nampak aku ke?'

Desis hati Juyeon. Malapetakalah jawabnya jika manusia dapat melihat kewujudan Juyeon di situ kerana memang ditakdirkan bahawa kewujudan spesis mereka di muka bumi itu tidak kelihatan

Jari comel Younwoo tepat menunding kearah Juyeon seraya menghambur tawa riang. Langsung tidak takut

"Ahjushi! Kenapa ahjushi panjat pokok ni?"

"A-apa?" Disebabkan terlalu terkejut, Juyeon berganjak ke belakang hingga terlupa dia berada di atas dahan. Tiada ruang di belakang buatkan jejaka itu terduduk di atas udara. Akibatnya, Juyeon jatuh menyambah tanah

"Ark!"

Bbuk!

"A-aduh..."

"Huh! Ahjushi! Gwenchanasaeyeo?" Juyeon yang sudah terduduk diatas tanah dihampiri Younwoo. Selangkah Younwoo menghampiri, Juyeon berganjak lagi sekali sambil mengangkat tangan tanda berhenti

"J-jangan dekat!" Juyeon melarang. Terkebil kebil mata Younwoo dibuatnya. Mulalah gadis itu mencebikkan bibir. Kembung pipinya tidak puas hati. Lagaknya sungguh comel yang mampu mencairkan hati semua orang. Namun tidak Juyeon pada saat ini

"Aishh..." Keluh Juyeon lantas bangkit daripada duduk. Pakaian yang tercemar dengan kotoran tanah ditepuk tepuk hingga hilang. Mata terarah pada kanak kanak itu

"Kau boleh nampak aku?" Younwoo mengangguk

"Aku dah nak mati dah agaknya" Juyeon tergeleng kepala

"Ahjushi... luka" Tangan Juyeon yang tercalar disentuh Younwoo. Dengan refleks Juyeon menarik tangannya sendiri. Tidak pernah dilihat manusia, apatah lagi disentuh?

"Youn! Kim Younwoo!" Suara seorang wanita pula kedengaran. Pantas Younwoo menoleh ke belakang melihat si ibu berlari kearah Younwoo

"Eomma!" Teriaknya seraya menggapai tangan meminta didukung. Pantas tubuh genit Younwoo diangkatkan ke dalam dukungan

"Eomma dah pesan jangan main jauh jauh. Degil!"

"Hehehe! Eomma, ahjushi ni tangan dia luka" Jari genit Younwoo menunding kearah Juyeon. Si Ibu dengan lurus melihat arah yang Younwoo tunding. Malangnya, tiada apa apa di dalam pandangan kecuali kawasan hutan tebal di belakang. Liur ditelan kesat

"E-eomma dah pesan jangan tegur apa apa, kan? Mana ada sesiapa dekat situ, sayang. Dah jom balik" Laju mengatur langkah meninggalkan kawasan itu. Takut sesuatu yang dipandang Younwoo akan mengikutnya pulang

Juyeon urut dada sendiri tanda lega. Maknanya kewujudannya masih lagi tidak dapat kelihatan oleh manusia

"Dah tu budak tu apa? Takkanlah bukan anak manusia pulak. Ish! Buat takut aku saja!" Bebelnya lalu calar pada tangan tadi dipandang. Sekelip mata ia kembali terawat seperti sedia kala

Tak mahu berlama di situ, Juyeon menukar bentuk menjadi seekor burung merpati putih. Terbang mencari pokok untuk berehat

'Budak kecik, aku harap tak jumpa kau dah lepas ni'

"𝐓𝐡𝐚𝐧𝐤 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐨𝐫 𝐞𝐱𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧𝐠"

"𝐓𝐡𝐚𝐧𝐤 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐨𝐫 𝐞𝐱𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧𝐠"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐋𝐞𝐞 𝐉𝐮𝐲𝐞𝐨𝐧 , 𝐊𝐢𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐧𝐰𝐨𝐨

𝐒𝐡𝐚𝐩𝐞𝐬𝐡𝐢𝐭𝐟𝐞𝐫: 𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐂𝐚𝐭 ᴶᵘʸᵉᵒⁿ Where stories live. Discover now