° 5 °

118 28 8
                                    

YOUNWOO'S POV;

"Eomma~"

Terlihat kelibat eomma di dapur, pinggangnya aku peluk daripada belakang. Pipi terlekat pada bahunya sambil tersenyum. Rinduu!

"Aigooya~ Princess eomma dah sampai" Eomma ketawa kecil seraya menepuk perlahan tangan aku di pinggangnya. Seketika sahaja, aku leraikan pelukan pinggang. Menjengah ke arah masakan eomma

"Eomma ada nak Youn tolong apa apa?"

"Ada, tolong duduk dekat depan diam diam. Semua dah nak siap. Tunggu kamu dengan Sunwoo je. Bukannya eomma tak tahu perangai kamu dua. Sengaja datang lambat sebab tak nak tolong kan?" Sindiran eomma pakej jelingan itu buat aku tersengih kambing. Selalunya begitulah

"Kali ni tak. Sunwoo yang bagitahu last minute" Macam biasa, nama Sunwoo yang aku akan petik dulu

Alang alang di dapur, aku bantu eomma hidangkan makanan di meja

Appa dah ada dekat ruang tamu tengah sembang dengan Younghoon. Sunwoo pula menjadi si tumpang mendengar celoteh mereka. Sebelah Sunwoo, Juyeon tengah tongkatkan dagu pandang aku--

Mata aku terbeliak. Sekali lagi aku pandang dengan wajah terkejut

Wait! Juyeon! Bila masa dia ada dekat sana?

Bibir mengukir senyuman nakal sambil mengenyit mata pada aku. Tidak cukup itu, siap melambai tangan gaya diva. Jari jemarai saja yang bergerak. Aih mamat ni? Nak kena agaknya!

Wajah garang aku pasang pandang dia dengan mata dikecilkan. Siap kau nanti!

"Kenapa Youn?" Bahu aku ditepuk eomma perlahan. Laju aku menoleh ke arahnya

"Eomma, Youn nak ke tandas sekejap. Sakit perut. Salah makan agaknya" Aku cipta alasan. Sengih janggal lalu meletakkan beberapa tingkat pinggan atas meja

"Pergilah" 

Aku pandang kearah Juyeon lalu menjegil mata. Beri isyarat supaya dia mengikut langkah aku sambil aku berjalan menuju ke anak tangga

Sengihan dia melebar luas sampai hilang mata. Juyeon bangun daripada kerusi terkedek kedek menghampiri aku 

°°°

Pintu beranda bilik aku tutup dengan rapat supaya tiada siapa boleh dengar perbualan aku dengan Juyeon

"Kenapa kau dekat sini? Kau ikut aku?" Juyeon mengambil tempat di penghadang beranda. Kalau ikutkan hati, teringin pula aku nak tolak dia ke bawah. Nak tahu apa jadi lepas tu

"Saja. Salah ke?" Jawab Juyeon bersahaja

"Ya salah. Kau tahukan sekarang aku dah jadi tuan kau?" Juyeon mengerut dahi. Tawa sinis dihamburnya tak percaya

"Sejak bila?" Daripada duduk, dia berdiri pula menghadap aku

"Aku selamatkan kau, tolong kau, bagi makan minum dan bagi kau tumpang rumah aku. Jadi, aku tuan kau, dan kau haiwan peliharaan aku" Wajah Juyeon perlahan lahan berubah. Riak wajahnya terlihat takut

"Tapi..."

"Tu peraturan manusia" Potong aku laju sebelum sempat dia nak menghabiskan ayat. Tangan bersilang di dada memandang dia dengan wajah sinis

"Oh..." Pasrah. Dia mengangguk perlahan

"Maknanya Juyeon, kau akan jadi hamba abdi akulah. Untuk selama-lamanya. Faham? Kalau kau tak dengar arahan, aku sebat kau" Dengan nada bergurau saja aku berkata. Tetapi Juyeon, sudah terlihat cuak

"H-huh? Hamba? Maknanya aku tak dapat makan benda sedap semalam? Kau akan bagi aku makan pasir je ke? Angkat batu, tolak batu, letak barang dekat badan aku suruh aku gerak sana sini, ikat aku dekat luar rumah dan--" Nafasnya semakin laju. Anak mata makhluk ini terketar takut

"Kejap kejap! Stop it! Juyeon" Bahunya aku tepuk menghentikan kata kata dia. Juyeon terdiam. Nafas ditariknya panjang cuba bertenang

Menyesal pula aku menipu

"Aku bergurau. Hamba yang macam tu dah tak guna dekat zaman ni. Jangan risau okey? Aku tak sekejam tu" Juyeon menghembus nafas lega

"Tapi kau bukan tuan aku, kan?" Aku menggeleng kepala kemudian ketawa kecil

"Tak adalah. Kau bebas. Tapi lain kali kalau kau nak pergi mana mana, bagitahu aku. Aku tak kisah kau nak merayap ke mana pun sebab tu hak kau. Tapi ingat, kalau apa apa jadi, pandai pandailah kau tanggung akibatnya. Faham?" Juyeon mengangguk faham. Senyuman manisnya terukir buat aku sama tersenyum sekali

"Gumawo. Aku nak keluar. Tengok dunia"

"Hm yelah. Ingat ni, kalau jumpa tali panjang melintang dekat langit, jangan dekat tau?"

"Kenapa?" Juyeon tilikan kepalanya sedikit dengan wajah comel bertanya curiga

Auch kiyot!

"Kau nak mati short-cut boleh la main dekat situ" Kata aku perlahan kemudian membuka pintu beranda dan masuk ke dalam meninggalkan Juyeon

Juyeon di luar tergaru kepala. Mungkin tidak faham maksud aku

Selepas itu, sekelip mata dia berubah menjadi burung merpati bewarna putih. Terbang pergi menari nari di udara. Aku tersenyum kecil. Mesti seronok boleh jadi dia

"Youn noona! Cepatlah turun! Kau berak berapa tan huh?!!"

TBZ

TBZ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐡𝐚𝐩𝐞𝐬𝐡𝐢𝐭𝐟𝐞𝐫: 𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐂𝐚𝐭 ᴶᵘʸᵉᵒⁿ Where stories live. Discover now