° 7 °

107 29 4
                                    

YOUNWOO'S POV;

"Weh, tumpang" Singki yang sudah pun kosong diisi dengan pinggan kotor semula. Laju kepala terpusing ke arah Sunwoo dengan mata tajam. Sunwoo sekadar tersengih kambing membalas renungan aku

Eh suka hati dia pulak nak suruh aku basuh. Takguna

"Apasal pulak? Aku dah habis basuh, ha kau basuh pinggan sendiri" Sebelum sempat dia hendak mengangkat kaki untuk pergi, kolar bajunya aku rentap kasar hingga tubuhnya terpusing menghadap singki

"Aark!! Noona baju baru!"

"Kau nak lari mana?! Pemalas betul! Basuh pinggan kau cepat!"

"Alah, alang alang kau tengah basuh!"

"Banyaklah kau. Basuh sendiri!"

"Hey, hey!" Suara eomma menghentikan pertelingkahan kami. Berdiri beliau di pintu masuk pintu sedang bercekak pinggang sambil mata terjegil memandang kami berdua

Terdiam terus aku dan Sunwoo. Seram tengok muka eomma macam nak telan kami hidup hidup

"Dah besar panjang pun nak gaduh lagi. Haih. Sunwoo basuh pinggan tu. Jangan mengada ngada nak suruh orang basuhkan. Belajar berdikari sikit" Dengar bebelan eomma, bibir munggil Sunwoo muncung sedepa sebelum memusingkan tubuh menghadap singki

Selepas sahaja eomma beredar, sengihan nakal aku terukir megah. Tanduk sudah timbul hendak mengusik si bongsu!

"Hohohoho~ Kena marahhh~ Itulah kauu. Manja sangat. Padan muka!" Mulutnya diketap dengan wajah merah padam. Marah mungkin? Tapi aku masih tak puas hati sebab dia tak layan aku

"Sunwoo-shi. Pekak eh?"

"Apakah perasaan Sunwoo-shi selepas disuruh membasuh pinggan oleh Puan Kim?" Senduk dihala ke arah mulut Sunwoo sebagai mikrofon

"Sunwoo-shi--"

"Aishhh! Diam, setan!!" Lantang suara Sunwoo memaki aku


"BAHAHAHAHA!!" Tawa aku sekuatnya. Yes! Puas aku usik dia sampai rimas!

"Ehem ehem! Younwoo" Suara Younghoon di pintu dapur menamatkan sesi ketawa aku hingga tinggal sisa

Bila mata teralih pada Younghoon, abang aku itu sedang memeluk tubuh. Gerak matanya sedang memberi isyarat sebelah. Hyunjae berdiri disebelahnya dengan sengihan kecil. Bila mata kami bertembung, cepat cepat dia matikan senyuman dan beredar daripada situ

Wey dia nampak aku gelak macam orang gila ke? Lah mampus. Hilang ayu

"Hyunjae nak cakap dengan Youn kat luar" Younghoon bersuara

Ha sudah

"Kenapa?"

"Pergi jelah. Dia tunggu Youn dekat kolam" Younghoon juihkan bibir bawah tunjuk arah Hyunjae yang sedang berdiri di tebing kolam. Aduh mak

Tergaru kepala aku dibuatnya. Kenapa pula dia nak jumpa aku?

"Alah taknaklah" Ujar aku

𝐒𝐡𝐚𝐩𝐞𝐬𝐡𝐢𝐭𝐟𝐞𝐫: 𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐂𝐚𝐭 ᴶᵘʸᵉᵒⁿ Where stories live. Discover now