bab 3 | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡

3.5K 568 88
                                    

"Hurt her, you're my enemy."


"Wah, wah, wah! Ini gadis banyak lawa oh, Malik! Dari mana kau dapat?"kata lelaki bermata sepet itu sebaik melihat kelibat Encik Malik dan Maya.Senyum senyum miang terlakar pada wajahnya.

Maya sudah tidak selesa dengan pandangan lelaki itu terhadapnya.Bulu romanya serta merta menegak.Bunyi yang bising disekelilingnya itu sangat membuatkan dirinya sungguh tekanan.

"Anak buah aku lah! Macam mana? Kau percaya tak cakap aku?"ujar encik Malik penuh keangkuhan.Senyuman sinisnya diberikan kepada tauke kelab malam di hadapannya itu.Heh, dulu tak percaya!

Lelaki cina yang dipanggil Dragon itu ketawa bahagia.Bahu encik Malik di tepuknya berkali - kali.Kalau dia tahu kaki hutang itu mempunyai anak buah perempuan yang sangat cantik, memang sudah lama dia memujuk lelaki tak guna tu! Tahu nak meminjam duitnya saja, tapi bila membayar memang tak nak!

"Mana lah aku tahu yang kau ni ada juga keluarga..Cantik pula tu! Lain cerita lah, perempuan ni masih fresh ke?"bisik Dragon ditelinga encik Malik dengan pelat cinanya.Wajahnya terpasang riak ingin tahu.Kalau fresh, memang banyak lah duitnya akan masuk selepas ini..

Encik Malik tersengih.Wajah Dragon di pandang dengan raut bangganya.

"Kau ingat aku nak jual ke perempuan ni kalau dah tak fresh? Gila lah!"beritahu encik Malik diselangi dengan tawanya.

Maya yang mendengar kata - kata Pak Longnya itu sudahpun membulatkan matanya.Dadanya serta merta berdebar.

"Bagus, bagus! Tak sia - sia aku bagi kau satu peluang hari tu kan, Malik?"bukan main lebar senyuman Dragon.Nampak nya dia menang besar malam itu!

"Pak Long..Apa maksud lelaki tu? Siapa yang Pak Long nak jual?"bisik Maya yang sudah bersembunyi dibelakang tubuh encik Malik itu.Baju t - shirt yang dipakai oleh Pak Long nya itu ditariknya sedikit.

Encik Malik merengus kasar.Wajah Maya dipandangnya tajam.Haih, memang tak reti diam ke apa perempuan ni?!

"Kau lah! Siapa lagi yang aku nak jual? Takkan arwah mak kau pula kan? Bodoh punya perempuan!"terang encik Malik seraya satu tunjalan kasar diberikan pada tepi kepala gadis itu.Kisah apa dia?

Mata Maya berkaca.Lengan encik Malik dicapainya laju.Tubuhnya sudah mulai bergetar hebat.Takutnya pada masa itu hanya Allah saja yang tahu!

"Pak Long..Jangan buat Maya macam ni Pak Long..Maya tak nak.."rayu Maya.

Encik Malik naik angin.Tubuh kecil itu lantas ditolaknya kuat sehingga terjatuh.

"Kepala hotak kau lah! Aku jual kau ni sebab aku dah tak de duit, bangang!"

Maya menangis.Tubuhnya dibawa mendekati kaki Pak Long nya itu.Ya Allah, dia tidak mahu dijual disitu!

Dia masih punya maruah diri!

"Pak Long, Maya boleh bagi Pak Long duit..Lepas ni, Maya janji Maya akan kerja keras untuk bagi Pak Long duit..Pak Long nak berapa je, Maya usaha.."tutur Maya sambil memeluk kaki kiri encik Malik.Walau apa pun yang terjadi, dia tetap tidak akan tinggal ditempat penuh maksiat itu.Dia tahu halal dan haram!

Encik Malik ketawa sinis.Dia menunduk sedikit untuk memandang wajah yang sudah sembap itu.Tidak semena - mena, tudung yang tersarung pada kepala Maya itu ditariknya kuat.Kini, rambut Maya sudah tidak tertutup lagi.

"Ya Allah, Pak Long!"Kedua tangannya laju naik menutupi kepalanya.Air mata nya semakin deras mengalir.

Auratnya sudah dilihat oleh lelaki - lelaki yang ada disitu! Dirinya terasa berdosa!

HEART : THE HACKER'S PRINCESS [Hiatus]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora