bab 6 | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡

2.9K 372 33
                                    

"Hurt her, you're my enemy."


"Apa yang jadi sebenarnya?"

Maya yang sejak tadi hanya diam dengan kepala menunduk itu lantas mengangkat wajahnya.Semerta, wajah dingin seorang lelaki yang duduk bersandar dihadapan nya itu menghiasi layar pandangannya.

'Kenapa garang sangat ni?'monolog Maya dalam hatinya.Saliva yang terasa seperti pasir dikerongkong itu dia telan secara perlahan.Kedua tangannya sudah mulai digenggam erat.Kepala ditundukkan lagi.

Carlos dan Adrian yang melihat tingkah gadis itu mengerutkan dahi.Raut hairan jelas terpampang pada wajah mereka.

"Hey, aku tanya ni..Apa yang dah jadi sebenarnya? What's happened actually, last night?"kata Adrian.Soalannya yang tidak dijawab tadi terpaksa dia ulang semula.Gadis yang tunduk menekur lantai itu dipandang tidak lepas.Ingin mendapatkan penjelasan tentang apa yang sudah terjadi pada gadis itu hingga boleh terjumpa dengan anak buahnya.

Maya menggigit bibir, cuba menahan rasa takut yang sudahpun menyelinap masuk kedalam dirinya.Entah kenapa, aura lelaki dihadapannya itu lebih menakutkan berbanding dengan lelaki yang duduk disebelah kanannya itu; lelaki yang menyelamatkan dirinya semalam.Raut wajah lelaki dihadapan nya itu lebih ketat dan serius berbanding lelaki disebelahnya.Cukup untuk buat bulu romanya tiba - tiba saja meremang.

Auranya sangat menggerunkan.

"Aku tak suka ulang perkataan aku banyak kali..So you better answer my question quickly before something bad happened."tegas ayat itu meluncur keluar dari mulut Adrian.Kedua tangannya naik memeluk tubuh.Manakala belakang badannya pula sudah dibawa bersandar ke kepala kerusi meja makan tersebut.

"Saya...Saya.."mendengarkan ucapan lelaki itu sebentar tadi, rasa takut dalam dirinya semakin lama semakin menjadi - jadi.Dan tanpa sedar, tangan kanannya naik sebelum mencengkam erat hujung baju lelaki disebelahnya.Mata terpejam.

Carlos menunduk kebawah.Tangan kecil yang erat menggenggam hujung bajunya itu diperhati lama.Selang beberapa saat kemudian, pandangannya dialihkan pula kearah Maya disebelahnya.Sama seperti tadi, gadis itu masih lagi menekur lantai.

Sejenak, hujung bibirnya ternaik sedikit membentuk satu senyuman nipis.Tidak terlalu jelas, hanya sipi - sipi sahaja.

'Patutlah diam, takut rupanya.'

"Biy garang sangatlah, sebab tu lah Maya takut sangat nak jawab tu.."

Maya, Carlos dan Adrian serentak menoleh kearah suara lembut itu.Arin yang menatang dulang berisi teko dan beberapa biji cawan kaca itu serta merta menyapa sistem penglihatan mereka.

"Biy garang sangat ke, sayang?"soal Adrian lembut.Wajah cantik si isteri tidak lepas langsung dari pandangannya.

Maya mengangkat kepalanya sedikit memandang wajah lelaki dihadapannya yang belum dia ketahui namanya itu.Eh, dia dah senyum? Bukan tadi muka dia ketat sangat ke? Macam nak telan orang hidup - hidup pun ada lagaknya! Berbeza sungguh dengan rautnya sekarang.Ada senyum bahagia terlakar diwajahnya itu.

Cepatnya..berubah.

"Itu puan Arin, isteri kepada tuan Adrian yang duduk depan kau tu."terang Carlos yang perasan dengan perubahan riak pada wajah Maya.Tertanya - tanya.

Maya menoleh ketepi sekilas sebelum pandangannya dibawa kehadapan semula.Wajah tuan Adrian dan puan Arin yang dikatakan oleh lelaki disebelahnya itu dipandang silih berganti.Dalam hati kecilnya sempat dia memuji kekacakan tuan Adrian dan kecantikan isterinya itu.Sama padan!

Bagai pinang dibelah dua.

"Ya-"

Baru saja Arin ingin membalas soalan suaminya, satu suara comel terlebih dahulu mencantas membuatkan semua pasang mata yang ada disitu terus saja terhala kearah tangga.

HEART : THE HACKER'S PRINCESS [Hiatus]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن