KENAL

22 2 2
                                    

  💎 you're mine and im yours 💎

" Rhea ? Siap dah ke ? " Lewat dah ni , Tengku Faris dan Tengku Arina dah nak sampai ni " panggil ibu dari tingkat bawah .

" Kejap ibu , nak siap dah ! " balas Rhea kuat .

Rhea membetulkan shawl di kepala . Setelah puas menilik dirinya di cermin . Rhea bergerak turun ke bawah mendapatkan ibu dan adik adik .

" Ibu , adik adik siap dah ke ? " pelik melihat ketiadaan adik adik nya .

" Tengah bersiap tu , sekejap lagi turun la adik kamu " balas ibu yang sedang menyusun pinggan dan cawan di meja makan .

Majlis tahlil dan kesyukuran ini hanya dibuat secara kecil kecilan untuk memberikan lebih privasi kepada Tengku Faris dan keluarganya . Hanya jiran setaman sahaja yang dijemput .

Ibu berpaling menghadap Rhea . " Cantik nya anak ibu , manis ! " Ibu mendekati Rhea yang kelihatan anggun memakai abaya berwarna nude sedondon dengan shawl nya .

" Mana ada ibu , biasa je " balas Rhea sambil tersenyum malu .

Setelah 15 minit menunggu , akhirnya ketibaan tetamu istimewa telah tiba . Puan Aliya dan adik adik bergerak ke ruang bawah utnuk menyambut ketibaan raja dan permaisuri agong .

" haih masa ni la nak sakit perut " Rhea bergerak laju . Tandas dituju .

Kereta BMW hitam yang diiringi oleh dua buah kereta lain berhenti di hadapan Pusat Kasih . Beberapa orang pengawal peribadi berbadan tegap bersama walkie talkie keluar membuka pintu kereta BMW tersebut .

" Tuanku " ujar mereka sebaik membuka pintu .

______________________________________

" Fuh lega " Rhea keluar dari bilik air selepas selesai buang hajat .

" Gorgeous gorgeous girl has stomach issue. Well that's true. " setelah masuk bakul angkat sendiri Rhea pun melangkah ke tingkat bawah .

Belum cecah satu meter dia berjalan , kedengaran bunyi gelak tawa dari tingkat bawah . Kepala dipanjangkan seperti zirafah .

" Alamak macam mana nak turun ni orang dah ramai . Kita maluuuuuuuu " gumam Rhea . Gedik kau ni Rhea

Tanpa berlengah Rhea mengatur langkah ke bawah . Figura pertama yang dicari ialah ibu !

' Tch , mana ibu niii ' getus Rhea dalam hati . Kaki laju melangkah ke kawasan ruang tamu . Seperti dipatuk ayam Rhea tertunduk tunduk menyapa para tetamu .

Mata laju melilau . Ha ! " Ibu , maaf Rhea turun lambat , sakit perut tadi " bisik Rhea perlahan . " Tak apa , ni Rhea jom jom . Majlis dah nak mula ni " ajak ibu . Para tetamu juga mula duduk memandangkan pak imam sudah sampai .

" Amin . Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang sudi datang ke majlis tahlil arwah anak dan menantu saya juga majlis kesyukuran buat cucu saya yang baru menamatkan pengajian . Semua boleh jemput makan dulu ye " ucap ibu ringkas sebelum mendapatkan Rhea .

Setelah hampir semua tetamu beransur pulang Puan Aliya bergerak mendapatkan Rhea .

" Rhea , mari ikut ibu . Ibu nak kenalkan Rhea dengan Tengku Faris dan Tengku Arina "

" Ha ? Kenapa ibu , ala tak payah la ibu . Rhea malu la " balas Rhea

" Mana boleh , Rhea kan sebelum ni tak pernah berkenalan lagi dengan mereka "

Belum sempat Rhea membantah ibu pantas menarik tangan Rhea . ' ala segan laaaaa ibu '

Entah dimana keberadaan mereka , kaki Rhea hanya menapak mengikut ibu .

' Tok tok ' pintu bilik rehat diketuk sebelum masuk . " Rhea dan ibu melangkah masuk .

Mata penghuni bilik semua tertancap kepada mereka . Rhea masih tidak mengangkat kepala . Tangan berpeluh dan jantung berdegup kencang . Orang mungkin kata Rhea mengada hakitkatnya dia ada darah gemuruh .

Ibu dan Rhea melangkah masuk .
" Ini ke anak kamu yang dah habis belajar tu Aliya ? " tanya Tengku Faris , Raja kerajaan Walter .

" Ya , yang ini la tengku . " balas ibu . Rhea hanya tersenyum manis mengiyakan soalan . Kami berdua masih tercegat menunggu pelawaan mereka untuk duduk . Takkan nak biadap ? kan ?

" Eh jemput duduk , kenapa berdiri je " pelawa Tengku Arina , Permaisuri bagi kerajaan Walter . Manis orangnya , penuh sopan dan tertib.

Puan Aliya laju mengambil tempat di sofa single dan tinggal kan aku . How dare you ibu ! Sedang ralit mencari tempat melabuhkan punggung , baru Rhea sedar tentang kehadiran dua jejaka kacak atau kita panggil bidadara syurga jelmaan dunia ? Dua pasang mata itu tidak lepas memerhatikan Rhea.

Siapa mereka ? Bodyguard ? Tak kan la bodyguard duduk sekali setable dengan Raja dan Permaisuri macam dekat mamak ? Mustakim eh mustahil .

" Rhea duduk la , termenung pulak dia " tegur ibu sambil ketawa .

" Rhea , duduk la sebelah Leo tu . Tak apa , dia tak makan orang " kata Tengku Arina sambil tersenyum.

Rhea memandang ke arah tempat kosong di sebelah bidadara jelmaan dunia 1 . Mungkin dia Leo yang dimaksudkan . Yelah , kan ada 2 bidadara . Satu dah duduk sebelah Tengku Arina .

Tanpa berlengah Rhea duduk di sebelah ' Leo ' . Hujung mata sempat dikerling ke arah sebelah . Namun pantas dialih apabila ter eye contact dengan mata helang bidadara 1 .

' uiii takut mak . garang ' getus Rhea." Rhea , ni ibu kenalkan Tengku Faris dan Tengku Arina . Mereka la yang banyak tolong ibu untuk menyara adik adik kamu di Pusat Kasih ni "

" tengku " sapa Rhea sambil tersenyum menampakkan kedua belah lesung pipitnya .

" Manis nya Rhea . Umur berapa sayang ? " Soal Tengku Arina .

" Saya 21 Tengku "

" Eh tak payah la tengku tengku bagai , panggil je bonda " balas Tengku Arina ramah .

" baik b-bonda " tersekat sekat kau . nasib boleh cakap lagi .

" Kalau 21 sama la dengan anak kita kan Arina ? " sampuk Tengku Faris pula .

" Lupa pula bonda nak kenalkan anak anak-anak bonda . Leo, falique diam pula , ha kenalkan la diri kamu "

Oh lupa pula si Rhea nak describe 2 bidadara syurga jelmaan dunia .

Bidadara 1, sebelah ayahanda nampak manis dan comel . Sesuai la digelar bidadara .

Bidadara 2 , sebelah Rhea garang . Beku . Duduk sebelah dia saja boleh rasa aura beku dia tu . Mungkin perlu tukar gelaran . Malaikat maut mungkin ?

" Ehem ! I'm Tengku Leo Felix , you can call me Tengku Leo " balas suara garau disebelahnya .

Tersentak Rhea yang sedang meng describe mereka . tu je ? ni kalau interview ni dah lama kena reject.

Badan dipusing menghadap Tengku Leo . Rhea menunduk sedikit sebagai tanda hormat .

" Erm , nice to meet you T-tengku Leo "

Kekok . Rhea memberanikan diri mengangkat muka . Terus panahan mata helang itu menikam anak mata Rhea .

' Tuhan , ciptaan mu yang paling indah pernah aku lihat . '

Rhea meniliti muka Tengku Leo . Perfect . Kening terletak elok . Alis mata tebal warna hitam pekat . Pandangan turun ke hidung mancung Tengku Leo dan terus ke bibir nya . Auch , seggsyyyy '

" Enjoy the view huh ? " balas Tengku Leo sinis .

w-what ???


























The Prince's AngelWhere stories live. Discover now