PERGI

25 1 0
                                    

💎 you're mine and im yours💎

" Rhea sini kejap , nenek nak cakap . " ujar nenek .

Rhea yang sedang ralit melipat baju mengangkat kepala.

" Nenek nak cakap apa ? " Tanya Rhea sambil melangkah ke arah sofa dan duduk di sisi nenek .

Nenek tidak membalas . Tangan Rhea digapai dan wajah Rhea ditenung sedalam-dalamnya .

" Besar dah cucu nenek sorang ni . Haih , rasa macam baru semalam nenek dodoikan Rhea . "
Tubir mata nenek ditakungi air .

"Kenapa ni nek , tiba- tiba je ni ? " Hati Rhea mula berasa tidak sedap .

' Ya Allah , janganlah apa-apa jadi '

" Tak ada la , Rhea sibuk kerja kan kebelakangan ni . Nenek rindu la dekat Rhea , itu aja . "

" Laaa nenek ni , ingatkan apa tadi . Meh sini rhea peluk . Eleh rindu kita rupanya " Rhea segera memeluk nenek dengan erat .

' Nenek sayang Rhea ' getus nenek dalam hati .

" ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH "

Tangan diangkat mengusap wajah . Sebaik menunaikan solat subuh Rhea menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk nenek dan bergegas ke tempat kerjanya seperti biasa . Entah mengapa hatinya berasa tidak sedap .

" Vroom vroom pit pitttttttt " suara Ayid memenuhi tingkat 2 Pusat Kasih .

" Ayid , kakak pergi bawah kejap tau . Awak tunggu sekejap boleh ? Kakak nak ambil susu awak . " Beritahu Rhea .

" okay kakak " dengan pelat Ayid membalas .

Rhea ralit membancuh susu DutchLady . Air panas dituang ke dalam botol sehingga memenuhi suku botol . Seterusnya dia menuang air suam sehingga penuh .

Selesai membancuh susu , Rhea mengatur langkah ke tingkat atas sambil menggoncang botol susu tersebut .

Sedang melangkah , kedengaran bunyi deringan phone Rhea .

" Sapa pulak call ni ? " Rhea segera mencapai phone nya yang berada di poket seluar belakang .

Jelas tertera di skrin telefon nya nama ' Kak Nah ' .

" Hello ? Ya kak Nah ada apa ? A-apa ? " soal Rhea tidak percaya .

" Rhea balik sekarang " ujar Rhea kalut .

Bilik kerja ibu diterpa segera . Rhea memberitahu ibu dan menyerahkan Ayid dan adik adik kepada ibu sementara ketiadaan nya .

Jantung nya sudah hilang rentak . Berita yang baru diterima nya membuatkan dunia nya hampir berhenti . Motor dipulas laju dan rumahnya menjadi destinasi .

' Nenek , tunggu Rhea ' getus Rhea dalam hati . Air matanya mengalir tanpa henti .

Sampai sahaja dirumahnya , tanpa salam Rhea terua menerpa . Tubuh tua nenek nya dicari .

" Nenek ? Nenek ?! " jerit Rhea .

Semua mata tertumpu kepada dia . Mak Nah yang sedang duduk di sofa bangkit apabila melihat Rhea .

" N-nenek , nenek .. Allah tsk tsk tsk tsk " tangisan Rhea makin kedengaran apabila melihat sekujur tubuh tua yang terbaring bersama kain kafan putih .

Teringat kembali panggilan telefon daripada Mak Nah . " Rhea , nenek dah tak ada . "

Tiba tiba sahaja . Tiada angin tiada ribut . Nenek pergi . Apa sebab nya ? Mak Nah kata semasa dia ingin menghantar kuih dia memberi salam banyak kali tapi tidak berjawab . Masuk sahaja ke dalam rumah menggunakan kunci kecemasan yang diberi Rhea , terlihat nenek yang terbaring kaku di atas sofa .

Rhea terpana . Dia kehilangan kata . Semuanya berlaku dengan cepat . Sedar sahaja yang dia sudah tiada tempat bergantung , air mata nya turun lagi .

Rhea terduduk . Kemudian semuanya bertukar gelap .

" Aamin " tapak tangan diraup ke muka .

Mak Nah membuka langkah mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang datang ke pengebumian Puan Alaisya , nenek Rhea .

' Allah beratnya ujian buat Rhea . ' getus hati Mak Nah . Mak Nah sangat berharap Rhea tabah dan terus kuat.

Kaki mengatur langkah menuju ke rumah nya , Rhea yang pengsan tadi masih belum sedarkan diri . Mengenangkan Rhea yang tidak dapat melihat pengebumian nenek nya , perasaan gusar hadir di hati .

5 tahun berlalu ..

" Rhea ! Nak balik dah ke ? " Tanya Ikha yang merupakan rakan sebilik di university nya .

Ya , Rhea sudah menyambung pelajaran nya ke peringkat universiti. Selepas sahaja pemergian neneknya , Rhea menyambung persekolahan kerana ingin menyibukkan dirinya daripada teringat akan segala nasib yang melanda dirinya . Keputusan peperiksaannya juga baik .

Segala yuran pembelajaran nya ditanggung oleh ibu . Pada mulanya Rhea tidak mahu membebankan ibunya . Tetapi melihat wajah berharap itu tidak sanggup pula dia hampakan .

Harini merupakan hari terakhir dia di universiti selepas bertungkus lumus untuk menggenggam segulung ijazah .

" Haah ikha , kejap lagi ibu aku sampai . Kau gerak balik pukul berapa ? " Tanya Rhea sambil tangannya lincah mengemas luggage nya .

" Ayah aku dah tunggu dekat bawah . So , aku gerak dulu eh ? meh sini nak peluk busyuk saya niiiii " ikha berlari lalu memeluk erat tubuh ramping Rhea .

" aaaaaaaa im gonna miss u Rhea " ucap ikha dalam sedu .

" ya Allah ikha , rumah kita dekat je . tak sampai berapa jam pun . boleh je jumpa selalu " pujuk Rhea . Drama queen betul sahabatnya itu .

" betul ? " tanya Ikha untuk mendapatkan kepastian .

Rhea mengangguk " hari hari pun boleh ikha " balas Rhea sambil tersenyum manis . Menampakkan kedua dua belah lesung pipitnya .

Setelah 10 minit sesi perpisahan dan sesi pujuk memujuk ikha , akhirnya ikha pun turun .

" yeay , siap ! " tangan ditepuk riang .
Rhea sudah tidak sabar untuk berjumpa ibu dan adik adiknya di Pusat Kasih .

" Rhea .. " panggil ibu yang sedang duduk di sofa ruang tamu .

" ya ibu ? " Rhea melangkah ke arah sofa mengambil tempat di sebealah ibunya .

Sudah dua hari Rhea pulang ke Pusat Kasih . Tadi ibunya pesan ada sesuatu yang ingin diberitahu .

" Esok kan , keluarga kerabat akan datang . Yang Mulia akan sertai majlis tahlil dan kesyukuran kita " beritahu ibu

Rhea mengangguk . Dia tahu itu merupakan acara yang diadakan setiap tahun . Cuma sebelum ini dia belum pernah ada peluang untuk sertai kerana dia sibuk belajar .

" Majlis mula lepas isyak ke ibu ? " tanya Rhea .

" Ya , lepas isyak . Baju Rhea ibu dah sangkut dekat dalam almari Rhea ya . Pakai yang itu . "

" Baik ibu . Rhea masuk tidur dulu okay ? tangan ibu dikucup lembut sebelum melangkah ke arah bilik .

' mengantuknya ! ' tak sampai seminit kepala diletak , Rhea terus dibuai mimpi .

" Nenek ! " Rhea tersedar dari lena . Dia mimpi nenek datang kepadanya . Air mata mengalir . Memori 5 tahun lepas kembali terlayar difikiran .

Dia sedih dan kecewa . Pengebumian nenek dia tidak dapat hadir kerana dia tidak sedarkan diri . Apa la nasib nya . Tiada ke secebis rasa bahagia dalam hidup nya ? Tidak layakkah dia untuk bahagia ?

______________________________________

Hi ! sorry sebab lama tak update :( so here is chapter 4 . Hopefully you guys suka . If ada apa apa yang you guys nak i betulkan just inform okay ? SOOO NEXT CHAPPPTERRRRR , JENG JENG JENG HAAAAAA RHEA JUMPA DENGAN SIAPA ? SHHH RAHSIA



The Prince's AngelWhere stories live. Discover now