01.OUR SPECIAL DAY

156 12 0
                                    


💚Don't forget to vote💚
🐰Happy reading🐰

You guys can search this song on Youtube while reading this story🌱

💚Song recommendation💚: Malaikat Baik


13 Ogos

"Pada tanggal 13 ogos..lahirlah seorang anak laki-laki baik hati yang bernama Na Jaemin,
Dia adalah salah satu bintang dari berjuta-juta bintang yang hilang,
Terbang kearahku mengisi hatiku yang kosong dan menyinari hidupku yang suram"

💚💚💚

Cuaca yang mendung diselaputi awan putih pada pagi ini membuatkan hariku yang kebiasaannya suram bertukar ceria..
Hari ini adalah hari yang paling aku nanti nantikan setelah sekian lamanya..
Kerana hari ini merupakan hari ulang tahun ku yang ke-19

"Aku harus segera datang ke taman bunga Meleana..kalau tidak mesti na akan tertunggu-tunggu kehadiranku.."

Di bawah pohon bunga besar..aku segera mengayuh basikalku dengan derasnya ke arah pohon tempat kami berjanji untuk bertemu

"Naaa!!!"

Aku dengan gembira bercampur teruja berteriak serta melambai-lambaikan tanganku yang kecil kearah susuk tubuh lelaki yang membelakangiku..

"Hanaa!!!"

Lelaki itu menyahut teriakanku itu tadi memanggil namaku dengan terukir senyuman indahnya di bibir sambil memegang sejambak bunga beserta kek di tangannya

Srettttt

Aku memberhentikan basikalku menggunakan brek di kedua tanganku sambil berlari kecil kearahnya

"Perlahan-perlahan sikit bawa basikal tu..kalau jatuh nanti siapa yang mahu makan kek ni.."

Ujar Na Jaemin anak lelaki yang sentiasa bimbang dengan kelakuanku yang agak ganas sedikit..

"Kamu saja Na..yang makan..lagipun itu kek strawberi,pasti kamu suka" usikkan sambil merapikan bajuku untuk duduk di bawah pohon bunga besar yang selalu menjadi tempat utama kami apabila bertemu.."

"Eiiehh no no noo..apapun yang terjadi aku tidak akan makan kek strawberi itu.." desihnya sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan permintaanku

"Okayy okay dahh..jom tukar kek kita..
Na ambil kek tiramisu coffee yang aku sudah bawa dari rumah,
Aku pula ambil kek strawberi yang Jaemin telah bawa sebentar tadi.."

Arahku sambil menghulurkan kek tiramisuku kepadanya,begitu juga dengan dia..Sudah menjadi kebiasaan kami menukar barang semasa ulang tahun kelahiran..

"Nahh ini bunga buat kamu..
Hana Meleana yang kuat dan pemberani..
Selamat menyambut Ulang tahun yang ke-19..
Jaga kesihatan..jangan sampai terkena flu..jangan lupa makan..jaga pencernaan dengan baik..Semoga ulang tahun hari lahir kita berdua sentiasa menjadi kenangan terindah di musim bunga yang indah pagi ini.."

Angel 138 || Na JaeminDove le storie prendono vita. Scoprilo ora