BAB 38

3.2K 107 15
                                    

Harini Riyanna sudah tekad untuk berjumpa dengan Sara. Tempoh hari dimana dia berjumpa dengan Aiman senyap-senyap dia mengikuti belakang kereta Aiman sehingga ke Johor. Memandangkan dia sudah 18 tahun dan sudah mempunyai lesen lagi memudahkan kerjanya.

Tapi tanpa dia sedar Rayyan juga sedang memerhati tindak tanduknya selama dua minggu ini kerana perangai peliknya selepas Sara menghilang.

Dari KL hingga ke Johor  dia memandu dan diikuti Rayyan di belakang langsung tidak menyedarkan dia. Apa yang dia tahu dia mesti berjumpa dengan Sara dan memohon maaf dengan wanita itu.

"Sampai!" Riyanna bersorak kecil. Dia terus memarkir kereta di tepi banglo dua tingkat itu dan terus keluar menuju ke pintu pagar. Rayyan yang memarkir jauh sedikit bagi menjayakan misinya.

"Fuh... Ana kau dah ada dekat sini dan kau kena pujuk kak Sara balik" tekad Riyanna.

"Assalamualaikum" ucap Riyanna diselangi menekan loceng.

"Assalamualaikum!" ucap Riyanna kuat.

Bik Ijah yang mendengar suara yang memberi Salam ketika sedang menyiram pokok terus menuju ke pintu pagar.

"Waalaikumsalam ya ada apa?" Tanya Bik Ijah.

Riyanna tersenyum manis. "Alhamdulullah ada orang" bisik Riyanna gembira.

"Maaf bertanya ini rumah Dato Nazri?" soal Riyanna.

"Iya, anak ini siapa ya?" balas Bik Ijah.

"Saya kawan Sara" terpaksa Riyanna berbohong hanya untuk memasuki rumah ini berjumpa Sara.

"Ouh Iya ke? Sara tak bagitahu pula kawan nak datang" sangka Bik Ijah orang suruhan Tan Sri Harris. Bik Ijah memang tidak mengecam Riyanna sangat sebab itu dia hanya tersenyum. Jika tidak sudah dihambat pergi wanita itu dari situ.

"Datang nak jumpa Sara ya?" Tanya Bik Ijah.

Riyanna mengangguk.

"Kejap Bik buka pagar" ujar Bik Ijah.

Riyanna makin menarik senyum alhamdulullah Allah memudahkan urusannya.

Rayyan langsung tidak terlepas satu adegan pun. Dia hanya diam memerhati apa yang adik perempuannya lakukan.

"Jemput masuk kejap Bik panggil Sara" pelawa Bik Ijah dan terus melangkah naik ke bilik Sara.

Tok.. Tok..

Aku yang baru sahaja selesai makan ubat terus beralih wajah ke pintu bilik selepas mendengar ketukan dari luar. Setahu dia yang lain pulang ke Kl sekejap kerana ada barang yang mahu di ambil dan mahu menyelesaikan beberapa perkara.

Terus sahaja aku berjalan ke arah pintu dan membuka. Ternyata Bik Ijah.

"Ada apa Bik?" soal aku sambil tersenyum manis.

"Ouh ada kawan Sara dibawah mahu jumpa" beritahu Bik Ijah.

Kening aku sudah terkerut. Kawan? Bila Bella mesej nak datang?.

Hanya Bella dan Ruhaikal tahu aku disini kerana hanya mereka yang boleh dipercayai.

"Kejap Sara pakai tudung, Bik Ijah tolong buat kan air ye?" pinta aku.

Bik Ijah menurut dan terus turun kebawah menuju ke dapur untuk menyiapkan air.

Sempat aku mengambil telefon bimbit sebelum turun kebawah takut ada orang telefon tidak aku dengar.

Turun sahaja aku melihat sosok tubuh wanita bertudung membelakangi aku.

"Ehem, maaf buat Cik tertunggu" tegur aku.

THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now