12 - Fin

319 31 26
                                    

Setelah habis takoyaki dimakan, keduanya kembali berjalan menikmati permainan-permainan festival. Tangkap ikan, baling dart, dan banyak lagi yang mereka mainkan. Kini, mereka berada di sebuah kuil untuk menulis hajat.

"Awak tulis ape?" Soal y/n sebaik sahaja Iwaizumi selesai mengikat kertas hajatnya di sebuah pokok. Iwaizumi terus melarikan pandangannya dengan pipi yang sedikit kemerahan.

"tu..."

Y/n sudah tertawa kecil. Sememangnya dia ingin tahu apa yang dituliskan oleh crushnya itu, tapi dia tidak mahu menjadi perempuan 'busy-body'. Takut kalau Iwaizumi berasa menyampah.

"Saya gurau je lah-"

Kuat saja kedengaran bunyi bunga api

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kuat saja kedengaran bunyi bunga api. Keindahannya yang menghiasi langit gelap itu membuatkan pengunjung disitu terdiam dan terpegun.

Y/n sudah melontarkan kata 'wah..' sambil memandang bunga api yang dilancarkan. Untuk seketika, Iwaizumi terkaku melihat y/n. Warna warni bunga api di pantulan mata bulatnya dan senyuman manis yang terpamer, membuatkan y/n seribu kali ganda cantik.

Iwaizumi mengetap bibirnya sebelum pergi ke pokok tadi. Kertas hajatnya dibuka dan digenggam perlahan. Now or never..

"Iwaizumi-san..?" Soal y/n setelah sedar ketiadaan si jejaka disebelah. Jauh dari orang ramai, Iwaizumi berdiri sendiri berhampiran pokok hajat[?]. Terus saja y/n mendekatinya.

"Iwaizumi-san..?"

"Ah, maaf.."

"Takpe.. tapi awak buat ape kat sini..?"

Iwaizumi teragak-agak untuk menjawab pertanyaan itu. Pipinya pula sudah mula menunjukkan warna merah. Jantungnya tidak habis berdegup dengan laju. Selang seminit ia berdiam, matanya terus memandang tepat kearah si gadis dihadapan. Kertas hajat yang dipegang kini dihulurkan.

Y/n yang juga berasa sedikit gemuruh terus mengambil kertas itu. Matanya jatuh memandang isi yang tertulis. Dan itu benar-benar membuatkan dia terkejut.

[ Aku harap aku boleh confess dekat y/n. ]

Pipi y/n sudah menjadi merah. Entah kenapa selepas membaca ayat itu, dia sukar untuk memandang lelaki dihadapannya. Ah jantungnya pula sudah berdegup laju.

Tepat disaat bunga api terakhir dilancarkan, namanya dipanggil. "Y/n.." Suara garau itu menyapa jelas ditelinga. Perlahan-lahan matanya beralih kearah Iwaizumi.

"Saya.. su-"

"IWA-CHAN!" entah dari mana datangnya, Oikawa terus melompat dan memeluk Iwaizumi. Habis keduanya jatuh diatas tanah. Suasana romantik tadi juga terus hilang membuatkan dua pasangan yang bersembunyi disebalik semak itu marah.

"POTONG LINE AH MAMAT NI!"

"Seriusly oikawa.."

"Sikit lagi duh.."

"Arghhhh whyy!"

Y/n sudah terkebil-kebil memandang dua rakannya, Ayame dan Miko muncul bersama Matsukawa dan Hanamaki. "Korang.. sejak bila..?" Soalnya, cuba memproses akan apa yang sedang berlaku. Manakala keempat-empat mereka hanya tersengih-sengih.

"Oi kusoikawa! Lepas lah!"

"Iwa-chan! kau taktau aku jumpa sape tadi-"

"Oikawa"

"KENAPA KAU IKUT AKU NYAH!"

Maka, festival bunga api itu berakhir dengan Oikawa yang ditendang habis-habisan oleh Iwaizumi dan yang lain.

Y/n menghulurkan tangannya kearah Iwaizumi yang masih terduduk diatas tanah.

"Iwai- um.. Hajime-kun.. awak okay?" katanya dengan pipi yang sudah merona merah. Begitu juga dengan Iwaizumi. Bertambah-tambah merah mukanya pabila mendengar nama pertamanya keluar dari mulut y/n.

"Ah- urr.. y-yea.." Balasnya tergagap-gagap. Tangan y/n terus disambut. Keduanya berdiam sambil memandang antara satu sama lain.

"Saya-"

Keduanya serentak bersuara. Y/n tertawa kecil, manakala Iwaizumi sudah tersenyum.

"Saya suka awak.."

"Saya pun.."

"OMG KYAA! FINALLY! SO SWEET ADDKSKKAKSNSK" Ayame sudah melompat-lompat diatas badan Oikawa.

"Aduh- aduh- Ayame-chan- tolong-" Pertolongan Oikawa tidak didengar pabila Matsukawa duduk dimukanya. "Eh, aku ingat kerusi" kata Matsukawa lalu bangun semula.

"Aku.. santau.. korang nanti.."



END 💖

sebenarnya aku takpandai nak end kan cerita HAHAH- apaapapun terima kasih kerana sudi membaca MLF hingga ke hujung chapter <3

maka ending lah sudah cerita ini. yang kata kenapa cepat sangat end nya heheheh dah kata ni short story kan btw bonus chapter akan diupdate- nanti lah nanti aku culik husbu kau kang jkjk

 yang kata kenapa cepat sangat end nya heheheh dah kata ni short story kan btw bonus chapter akan diupdate- nanti lah nanti aku culik husbu kau kang jkjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐌𝐘 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐅𝐀𝐍 | ɪᴡᴀɪᴢᴜᴍɪ ʜᴀᴊɪᴍᴇ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ Where stories live. Discover now