Bonus 2 - Sick

260 26 14
                                    

Iwaizumi Hajime, si vice captain pasukan seijoh, terbaring lemah diatas katil. Dia tak kesah kalau harini dan esok dia tidak menghadiri ke latihan bola tampar, cuma... harini dia ada date dengan y/n! Ah, ini semua salah si budak sampah haritu bersin tak tutup mulut. Berdecit dia sendiri mengingatkan peristiwa tempoh hari.

"Hajime" panggil si ibu diluar pintu. Dibuka pintu itu sedikit ; ingin melihat si anak.

"Ada apa, kaa-san?" Soalnya acuh tak acuh.

Puan Iwaizumi sudah tersengih-sengih melihatnya. "Ah, ada yang datang-"

Iwaizumi mendengus kasar dan terus memotong ibunya, memikirkan bahawa itu adalah kawan sampahnya yang datang, "Suruh dia balik" balasnya cepat.

"Lahh.. kaa-san fikir kamu semangat sikit bila perempuan comel ni datang menjenguk"

Mendengar saja perkataan 'perempuan comel', terus saja dia bangun dari baringnya. Kain basah yang berada di dahinya juga terjatuh di atas paha. Disitu, berdirinya di sebelah ibunya adalah tidak lain tidak bukan si kekasih tercinta.

"Y-y/n.."

Si gadis itu sudah tersenyum nipis, kepalanya pula ditundukkan memandang lantai. "Um.. awak rehatlah dulu, saya taknak ganggu awak.." katanya lalu perlahan-lahan mengatur langkah ingin pergi.

Ah sudah, kalut terus Iwaizumi dibuatnya. "T-tunggu- y/n!"

Perhatian y/n kembali ke arah Iwaizumi yang kini sudah terlihat cemas. "Ye, Hajime-kun?" Tanyanya.

"S-stay sini.. awak tak ganggu pun.. saya nak awak stay sini.." jelasnya dengan wajah yang sudah memerah, begitu juga dengan si gadis.

Sementara si ibu sudah tersenyum. Hoh? Adakah mereka lupa bahawa dia masih disitu? Terus saja dia bertepuk tangan, meraih perhatian kedua remaja itu. "Kaa-san turun bawah dulu ea. Hajime, jangan lupa kenalkan kaa-san" sempat dia melirik kearah y/n sebelum tersenyum penuh makna kearah anaknya.

Y/n menundukkan kepalanya sedikit, manakala Iwaizumi sudah mendengus perlahan. Setelah puan Iwaizumi hilang dari pandangan, barulah y/n masuk ke dalam.

"T-takpe ke saya kat sini..?" Kata y/n, sambil menggentel-gentel hujung bajunya. Risau dia kalau kalau mengganggu si jejaka itu berehat.

Iwaizumi memejamkan matanya seketika. Damn, comel betul!

"Saya okay je..." balasnya sebelum terbatuk-batuk.

"Ah, awak baringlah dulu" kata y/n lalu menolak badan Iwaizumi ke katil perlahan.

Naik terus bulu roma Iwaizumi pabila y/n mengambil kain basah yang berada di atas pahanya tanpa peduli

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naik terus bulu roma Iwaizumi pabila y/n mengambil kain basah yang berada di atas pahanya tanpa peduli. Bukan itu sahaja, dapat lagi dia rasakan sentuhan y/n walaupun pahanya berlapik dengan selimut. Terus merah padam wajahnya. "Y-y/n.. l-lepas ni jangan.. b-biar saya yang..."

"Takpe, saya okay je. Awak kan sakit"

"Tak- bukan tu maksud saya.."

"Takpe takpe.. awak jangan risau"

Ah susah juga girlfriend terlampau innocent ni.

____

tengoklah kalau rajin aku buat sick pt.2

🎉 You've finished reading 𝐌𝐘 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐅𝐀𝐍 | ɪᴡᴀɪᴢᴜᴍɪ ʜᴀᴊɪᴍᴇ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ 🎉
𝐌𝐘 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐅𝐀𝐍 | ɪᴡᴀɪᴢᴜᴍɪ ʜᴀᴊɪᴍᴇ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ Where stories live. Discover now