001

293 22 3
                                    

Aku berjalan dengan tenang, hari ini biasa saja, tiada banyak yang berlaku, hina chan seperti biasa.. risau dengan keadaan takemichi sekarang,

"Hina? Awak okay ke tak?" Aku tanya sedangkan sudah tau dia sedang risau,
"Oh, Runa! Uh.. takde apa- apa lah, saya cuma risau dengan takemichi" dia mengosok tangan nya, aku duduk di sebelah dia,

"Kenapa dengan takemichi tu? Cuba terangkan pada saya, kebelakangan ni hina asyik risau pasal takemichi je" aku cuba bertanya,

"Entah lah runa, saya tak boleh beritahu awak begitu saja" hina mengosok tanganya berulang kali, "ikut hati awak lah.." aku tinggalkan dia berseorangan, rasa kesian tengok hina risau sekali macam tu,

"Runa!" Hina panggil aku dari belakang, dia kelihatan Seperti mahu beritahu sesuatu,
"Awak nak tahu kan pasal takemichi? Tapi janji dengan saya awak akan rahsiakan ini, saya hanya percaya kan awak" hina nampak pelik,

Entah-tah.. "takemichi ngandungkan awak ke"
Tiba-tiba hina teberhenti cakap,

"MANA ADA!! GILA LA AWAK NI" dia menjerit macam kene sawan, "okay okay, maaf la, saya terlanjur pikirnya"

"Awak nak cakap apa tadi?" Aku tanya dia semula, dia tiba-tiba sahaja memikirkan semula, "tak apa la runa, loceng dah berbunyi, baik masuk kelas sekarang" dia tinggalkan saya,

Eh.. tadi beria nak bagitau, haih.. hina hina..

"Runa?" Sorang lagi, "kenapa chifuyu? Pasal takemichi lagi?" Tak perlu tahu pun aku dh boleh agak, "haah, aku nak bagitau dia sesuatu, kau nampak dia ak?" Chifuyu terpusing pusing

"Aku tak tau, tanya awek dia" chifuyu lari dan tinggalkan aku, semua pasal takemichi, yeah memang ler.. dia kan main character kat sini.

Aduhh, craving sushi ebi la pulakk

Aku tau makan, tapi masak tak pandai, beli jela kerja aku, "RUNAAA" suara yang selalu didengari, yuzuha, "mana takemichi?" Yep, tak perlu pikir pon, "mana la aku tau, kenapa semua bende pasal takemichi kene tanya dekat aku? Dia tu classmate aku je, melebih la korang"

"Korang? Ada lagi ke tanya pasal dia?" Yuzuha lihat sekeliling, "jap jap, kau datang kat sekolah ni ada izin cikgu kitaorang tak? Main masuk jee" aku pengawas sekolah dah banyak kali tengok budak sekolah lain datang cari takemichi,

"Ah.. alaa.. runa! Kejap je pon aku datang.. nak cakap bende jap dengan takemichi, nampak tak?" Dia tanya lagi, "aku dah kata aku tak nampak.. dah dah.. pergi balik rumah"

Dia merungut, aku layan jelah karenah dia,
Nasib la kau kawan aku, kalau tak dah lama aku bagi smack down.

♡ JAHITAN BUNGA || Takashi mitsuya Where stories live. Discover now