➳슬퍼 01

480 72 11
                                    

Sering kali aku tertanya.

Adakah senyuman yang terukir di bibir seseorang itu betul?

Ataupun sebenarnya...

Ia hanyalah lakonan semata-mata?

•••••••••

"Awak ni boleh tak kalau dengar cakap saya sekali? Susah sangat ke!"

"Ah! Diamlah! Awak ingat saya ada masa ke nak dengar bebelan awak tu?"

Seonghwa perhatikan kedua orang tuanya bertengkar di ruang tamu. Tatapan yang diberikan dia hanyalah kosong dan tiada eksperasi wajah yang ditayangkan.

Bergaduh.

Menjerit.

Bertengkar.

Itu sudah selari dalam hidup Seonghwa. Dia sudah terbiasa hidup dalam keadaan begitu.

Ibu bapanya tidak pernah berbaik sejak dulu lagi. Mereka bergaduh, kemudian berbaik semula. Tidak lama selepas itu bergaduh lagi sekali. Begitulah hidupnya berulang-ulang perkara yang sama.

Seonghwa sudah muak. Dia malas mahu dengar pentengkaran lagi jadi dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah awal dan pergi ke sekolah.

Baginya, suasana di sekolah jauh lebih baik daripada berada di rumah.

•••••••••

Seonghwa menatap kosong setiap wajah rakan sekelasnya. Sekarang masih lagi awal, namun ramai yang sudah tiba di kelas.

Mereka kelihatan begitu seronok berbual. Malah, ada juga yang bergurau senda bersama.

Bertepuk tampar, tertawa, dan semuanya... Itu sudah cukup membuatkan Seonghwa berasa cemburu.

Sering kali dia tertanya dalam hati, bagaimana mereka begitu mudah mengukirkan senyuman di bibir mereka. Sedangkan dirinya pula amat susah untuk tersenyum walau sekejap.

"Seonghwa? Kenapa muka masam jer?"

Teguran salah seorang rakan kelasnya itu membuatkan Seonghwa tersedar dari lamunan. Dia segera mengalihkan pandangan melihat lelaki itu.

"Kalau ada masa jomlah lepak dengan aku. Mana tahu boleh hilangkan sikit bosan kau tu," kata lelaki itu sambil tersenyum lebar. Namun Seonghwa memandang dia dengan tatapan tajam.

"Tak. Kau pergi jer lah lepak dengan orang lain," balas Seonghwa dingin. Lelaki itu mengangguk faham lalu berjalan meninggalkan Seonghwa berseorangan dalam kelas.

Anak mata Seonghwa mengikut gerak geri lelaki itu.

Kim Hongjoong...

Salah seorang rakan kelasnya yang memiliki senyuman cukup manis. Bukan itu sahaja, dia juga terkenal dengan sikap baiknya. Semua orang suka berkawan dengan dia. Tiada siapa pun yang menyimpan sifat dengki terhadap Hongjoong.

Akan tetapi, Seonghwa berasa sangat menyampah dengan Hongjoong. Dia baik. Terlalu baik sehinggakan dia mudah dipijak oleh sesiapa. Tidak pernah sekali dia lihat Hongjoong marah atau sedih.

Apa yang dia selalu lihat pada Hongjoong hanyalah senyuman dia sahaja.

"Aku paling benci orang macam tu..." ungkapnya dalam hati.

•••••••

"Seonghwa, boleh tolong saya angkat buku tu?"

Pinta Cikgu Lim. Seonghwa tanpa bercakap banyak hanya akur. Dia memungut semua buku-buku tersebut untuk dibawa ke bilik guru.

Dalam perjalanan menuju ke pejabat, Seonghwa terserempak dengan Hongjoong secara kebetulan di koridor sekolah.

Dia terkaku. Wajah Hongjoong pada masa itu kelihatan 'mati' dan matanya seolah-olah tidak bernyawa. Namun, Hongjoong sempat mengukirkan senyuman padanya sebelum berlalu pergi.

"Senyuman kau tu... Betulkah?"

[C] Smile  ☾ 성중 ☽Where stories live. Discover now