➳슬퍼 11

286 64 12
                                    

Setelah selesai dahi Seonghwa dirawat, barulah mereka melangkah keluar dari hospital untuk pulang ke rumah. Seonghwa sudah menempah grab khas untuk Hongjoong manakala dia pula meminta Cik Aira untuk jemputnya pulang.

Suasana di antara mereka berdua sunyi ketika menunggu kereta tiba. Hanya detapan kaki sahaja yang didengari.

"Kenapa kau ada kat wad San tadi?" soalan yang dilemparkan oleh Hongjoong tadi membuatkan Seonghwa tergamam.

"Huh? Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh. Aku cuma nak tahu kenapa..." tambah Hongjoong lagi.

Seonghwa terdiam. Sedang membina ayat untuk menjawab soalan kawan baiknya itu.

"Aku nak tengok keadaan San. Jongho ada cerita kat aku yang San ada penyakit skizofrenia. Mungkin orang lain anggap sakit mental tu gila tapi hakikatnya tak. Sama macam kau, korang sakit dalam diam tapi tak ada orang yang perasan."

Jawabnya lebar. Matanya masih lagi tertumpu pada daun-daun kering yang sedang dipijaknya.

"Kau... Tak rasa terbeban ke ada kawan macam aku?" terus Seonghwa menoleh ke arah Hongjoong selepas mendengar soalan begitu.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Tak rasa pelik ke? Kau benci aku dulu sebab aku terlalu baik dengan semua orang. Lepas tu kau nampak perubahan aku bila aku keseorangan. Aku selfharm kat kelas dan pengsan banyak kali. Tapi kau selalu ada untuk tolong. Kau tak rasa ke kau berkawan dengan aku sebab kau kasihankan aku jer?"

Satu keluhan kecil dilepaskan perlahan. Dia menggarukan kepalanya yang tidak terasa gatal.

"Macam mana kalau aku cakap yang... Aku betul-betul ikhlas berkawan dengan kau?" terkaku Hongjoong dibuatnya apabila mendengar jawapan Seonghwa tadi.

"Aku berkawan dengan kau bukan sebab aku kasihankan kau. Sebab aku ikhlas. Aku tak nak biarkan kau terseksa seorang diri. Biarlah aku kena tempias juga sebab kalau kita boleh ketawa bersama, takkanlah kita tak boleh menangis bersama bukan?"

"Hongjoong, kau tahu kan yang aku ni tak ada kawan selain kau. Selama ni orang pandang aku dengan sinis. Diorang tak berani nak dekat dengan aku sedangkan kau selalu tegur aku. Jadi tu lah sebab aku berkawan dengan kau."

Mendengar sahaja penjelasan dari Seonghwa tadi, terus dia terdiam seribu bahasa. Tangannya mula menggigil kecil dan kedua mata dia juga sudah berkaca.

Sungguh dia terharu dengan Seonghwa. Dia tidak menyangka bahawa ada insan yang sudi mahu bersama dengannya walaupun dia memiliki penyakit yang tidak nampak.

"Tadi doktor beritahu kat aku..." ujar Hongjoong perlahan membuatkan Seonghwa berasa ingin tahu.

"Apa?"

"Yang keadaan aku sekarang bertambah baik. Aku jarang kena simptom MDD lepas berkawan dengan kau. Serius aku berterima kasih sangat dengan kau, Seo--"

"Hiks!"

Terkejut beruk Hongjoong dibuatnya bila dia sedar yang Seonghwa sedang menangis depan matanya sendiri.

Dia yang cerita, orang lain yang menangis.

"Kau menangis ke? Janganlah poyo sangat!"

"Bukan aku menangis! Ada habuk masuk mata ni hah!" nafi Seonghwa.

"Nak tipu tu agaklah. Ni air mata mengalir macam air terjun!"

Seonghwa mengembung kedua-dua pipinya. Rasa geram dengan Hongjoong mungkin? Dia tertawa kecil sebelum memberikan sehelai tisu pada kawan baiknya.

"Apa-apa pun, terima kasih untuk semua ni, Seonghwa. Tanpa kau dan Jongho, mungkin aku akan tenggelam dengan MDD tu."

Satu senyuman manis terukir di bibir Seonghwa. Dia mengangguk kepala kecil.

"No problem. Terima kasih juga sebab berkawan dengan aku." ucapnya manis.

[C] Smile  ☾ 성중 ☽Where stories live. Discover now