BAB 7

72 3 0
                                    

Beberapa bulan kemudian.

"Ara nak ikut mommy tak hujung minggu ni?" mommy Nadia menyoal sambil memandang Humairah yang berada di sebelah Hatasya.

"Pergi mana mommy?" Humairah memandang mommy Nadia dengab kerutan di dahi.

Hari ni dia datang ke rumah mommy setelah dipaksa berkali-kali oleh Hatasya. Sekarang mereka duduk di ruang tamu setelah menjamu makan malam.

"Pergi tengok Hariz tamat latihan. Tapi mommy pergi awal sebab nak jalan-jalan sana dulu," terus terdiam Humairah setelah mendengarkan nama itu. Terasa sudah lama dia tidak berhubung dengan lelaki itu setelah lelaki itu pulang dari rumah neneknya beberapa bulan lepas.

"Tak pasti lagi mommy," Humairah menjawab dengan senyuman nipis terlakar di bibir.

"Hari apa Hariz tamat latihan mommy?" Humairah menyoal.

"Rabu, kalau mommy tak salah la," mommy Nadia menjawab soalan itu dengan senyuman teruja.

"Haah betul la rabu mommy," Harith yang hanya senyap dari tadi bersuara.

"Ouh kalau hari rabu. Ara mintak maaf la mommy. Hari tu Ara takde dekat sini," Humairah bersuara.

"Akak pergi mana?" Hatasya bertanya dengan kerutan di dahi sambil memandang muka Humairah.

"Akak pergi ipoh, ada pendaftaran untuk sambung belajar," Humairah memberitahu hal sebenar. Praktikal dia di tadika sebelum ini sudah tamat jadi sekarang dia ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.

"Ara sambung lagi?" Daddy Ammar menyoal setelah sekian lama berdiam diri.

"Haah. Ara nak jadi cikgu sekolah menengah," dengan senyuman gembira yang terlakar di bibir Humairah menjawab soalan daddy.

"Alaaa Tasya baru berangan nak tinggal sebilik dengan akak dekat sana nanti," Humairah hanya mampu tersenyum saat mendengar ujaran Hatasya itu.

"Bila Ara start?" Mommy Nadia menyoal.

"Insyallah, hujung bulan ni," Humairah menjawab soalan itu dengan tenang.

"Kali ni dekat mana pula?" Harith menyoal dengan nada tak puas hati.

"Kan akak dah cakap tadi dekat Ipoh, perak je. Kenapa?"

"Takde la nanti mesti Harith rindu akak," Harith bersuara dengan muka masam.

"Relax la. Nanti akak balik sekali sekala la,"

"Okey,"

"Sorry mommy. Ara tak dapat ikut,"

"Tak apa la," dengan senyuman dibibir mommy Nadia menenangkan Humairah.

____________________

"Dah ready sistur?" Khaira menyoal kepada Humairah yang berdiri di sebelahnya. Sekarang mereka sudah berdiri di hadapan universiti pendidikan sultan idris.

Semalam mereka sampai sini dengan Hafiz sahaja. Hafif dan Airis hanya tinggal di rumah sana memandangkan Airis sudah tidak larat untuk berjalan jauh. Hanania pula tidak dapat cuti kerana dia sekarang sibuk mengadakan kelas tambahan buat pelajar yang akan menduduki spm. Hadif pula masih dalam kursus.

Opah dan semua dikampung juga tidak dapat ikut, tapi sebelum Humairah membuat keputusan untuk sambung disini dia sudah balik melawat opah dan sudah mintak persetujuan opah.

Semua barang mereka berdua yang dibawa dari rumah sudah diletakkan di sebuah rumah yang Hafif sempat carikan untuk mereka berdua selama mereka belajar disini.

Pada mulanya Hafif ingin menyewa sahaja rumah itu tetapi Hafiz ingin membelinya sebab isterinya yang sedang berbadan dua juga tinggal di situ. Tapi Hanania dan Hadif menghalangnya untuk mengeluarkan duit seorang diri sahaja. Jadi mereka bertiga share duit beli rumah itu untuk Humairah dan Khaira tinggal. Hafif juga ingin share tapi dihalang oleh adik-adiknya dengan alasan simpan duit untuk anak-anaknya.

CINTA YANG MENGHILANGWhere stories live. Discover now