BAB 1

303 41 82
                                    

(Teaser)

-QAISYA AYANA-

Gerimis air hujan mula membasahi bumi. Setitik demi setitik jatuh ke wajah. Deruan nafas menjadi laju tidak teratur. Jantung pula bekerja lebih keras dari yang sepatutnya. Kaki aku terus meredah laluan yang hitam gelemat. Debaran di dada penuh dengan seribu satu persoalan.

Siapa mereka yang mengejar aku?

Tidak lama aku memikirkan soal itu dek kerana bunyi hon yang tiba-tiba menyergah. Langkah kaki dibuka luas, meneruskan larian yang tergendala sebentar tadi.

Aku mengambil langkah ke kanan. Sebuah lorong sepi dijadikan tempat melindungi diri.

Seketika, oksigen disedut masuk melalui hidung dan trakea memenuhi peparu. Kemudian, karbon dioksida pula dihembus keluar.

"Keluar kau perempuan!"

Telapak tangan dibawa menekup mulut. Desah nafasku terlalu kuat. Jika tidak dikawal, kemungkinan besar aku bakal diheret seperti wanita tadi.

Wanita tadi. Tidak aku tahu namanya, tidak aku kenal gerangannya. Sebaik sahaja membeli barang di kedai serbaneka, aku telah menyaksikan adegan penculikan di belakang lorong leretan kedai. Disebabkan itu, aku telah dijumpai oleh si penculik malah dikejar kerana telah menjadi saksi.

"Cari dia sampai dapat!"

Bunyi derapan kaki mula beransur perlahan. Mungkin lelaki-lelaki tadi telah beralih mencari aku di tempat lain. Di kesempatan ini, aku mengambil jalan untuk pamit.

Belakang aku sandarkan pada dinding dengan kepala menoleh ke kiri. Senyap-senyap, aku mengheret diri ke kanan.

"Found you babygirl."

Baby kepala kau!

Dek terkejut, laju saja lutut kakiku menghentak dagunya. Aku tak tahulah aku memang kuat atau dia yang lemah, lelaki itu terus pengsan.

Huh, tadi bukan main mengaum macam singa. Kena hentak sikit terus menikus? Lemah.

 Bab tak habis. Sedang diedit. 

ENIGMA (ɪɴ ᴇᴅɪᴛɪɴɢ)Where stories live. Discover now