BAB 4

99 19 13
                                    

-MIQAEL AYYASH-

Macam ni ke anak dara?!

"Janganlah marah." Berkerut wajah gadis itu menahan rasa. Bila-bila masa sahaja empangan air matanya boleh pecah. Ah, bukan salah aku kalau dia menangis.

"Qaisya!" Meja kaunter yang diperbuat daripada kayu itu aku ketuk berkali-kali. Bertuah punya betina. Aku punyalah risaukan nyawa dia. Tapi sekarang aku pulak rasa nak cabut nyawa dia.

"Bidadara?"

"Hah?"

Muka sememeh Qaisya tepat memandang aku. Matanya dipisat-pisat sebelum membulat terarah menikam anak mataku.

"Bella..." panggil Qaisya.

Oh, ku sangkakan Bala rupanya Bella.

"Aku mimpi jumpa pakwe," sambungnya lagi.

"Err... Qai. Itu Encik Miqael." Takut-takut Bella curi tengok aku. Mungkin sebab riak muka aku macam bila-bila aje boleh makan orang.

"No, Bella. Aku bukan termakan 'kail'."

Urgh, dumb girl. Punya elok nama aku dia samakan dengan kail.

"Good morning, Sleeping Beauty. Your prince is here. Dah bangun cepat sebelum aku angkat kau."

"Kau!" Terbelalak mata Qaisya tatkala mamainya hilang. Jarinya dituding pada aku sebelum punggungnya diangkat untuk bangun. Tak sempat dia bangun, kepalanya terhantuk pada hujung kaunter menyebabkan dia jatuh kembali.

Rupa monyet tercekik kurma dia tunjuk. Terkejut dengan kehadiran aku seolah-olah yang depan dia ni malaikat maut berkepala tiga.

Dari gayanya, nampak sangat yang dia lupa tentang janji kami.

"Inspektor Miqa..."

"No. It's bidadara, also your pakwe."

_ _ _

SEDANG DIEDIT

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Mar 19, 2023 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

ENIGMA (ɪɴ ᴇᴅɪᴛɪɴɢ)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang