6 - AA

172 11 4
                                    

"Jangan tak datang ya Ruby . Kalau you tak datang . I mogok seminggu dengan you"kata Ayween Areyna

"Kenapa kalau i tak datang? Majlis birthday abang you tu tak jadi ke kalau i tak datang? "Soal Ruby . Memang betul pun .

"You kena la datang . Ha you kan best friend i , so nanti tak de la i sorang sorang"balas Ayween Areyna .

"Habis tu Auly, Thea , tu apa?"soal Ruby

"Diorang pun datang . Tapi errrrr ... Ha diorang datang dengan boyfriend diorang . You kan single. Single dengan i"kata Ayween

"Ye la . I datang "balas Ruby . Kalau Ayween Areyna dah pujuk , susah untuk menolak. Ayween Areyna si drama queen.

Ayween Areyna tersenyum sukan yay dapat jumpa Harash!

"Tapi kan , baik you jujur dengan i Ayrey, kenapa you nak sangat i datang majlis tu? Mesti ada sesuatu kan?"soal Ruby sangat curiga .

"Ha , urmmm sebenarnya .... nothing la , nanti masa birthday abang i , i cerita dekat you ruby"balas Ayween Areyna dengan senyuman .

Ruby menggeleng. Layan je la si Ayrey ni, nanti tak pasal pasal merajuk .

"Ni you tak kerja ke?"Soal ruby .Mana taknya , pelik juga dia melihat Ayween Areyna datang pada waktu bekerja , baru pukul 10 pagi.

"Errr i curi tulang.... Okay la got to go, nanti Abang Ayash dengan Papa potong gaji i"ujar Ayween Areyna

Ruby menggeleng kepala, mentang mentang la syarikat bapak dia . Dah la curi tulang hanya sebab nak pujuk Ruby datang ke Majlis itu

"Okay bye Ruby si cantik"kata Ayween Areyna lalu dia memeluk Ruby dan melagakan pipi

"Hati hati drive babe"kata Ruby . Ayween Areyna mengangguk

Sejurus sahaja Ayween Areyna sampai di hadapan pejabatnya . Wajah Ayash datang menyapa.

"Hai adik. Awal datang"kata Ayash lebih kepada perlian sebenarnya . Ayween Areyna memandang abangnya .

"Papa tau ke?"soal Ayween Areyna . Takut juga kalau papanya tahu. Walaupun ini syarikat milik ayahnya. Tetapi ayahnya sudah memberi warning dari awal supaya berdisiplin dan menepati masa .

"Papa ada meeting. Belum masuk lagi...tapiiii Ayrey kenapa pulak datang lewat?"Balas Ayash Arman beserta soalan.

"Pergi jumpa ruby la"balas Ayween Areyna

Mata Ayash Arman terus bersinar . Teruja mendengar si pujaan hatinya. Ruby Rubiela si cantik jelita yang sudah mencuri hatinya.

"Dia datang Tak birthday Abang Ayash?"soal Ayash Arman

"Datang lah kot. Ayrey dah pujuk dia tadi .. Tapi itu kalau Harash datang la"kata Ayween Areyna

"Itu tak payah risau, Harash memang akan datang punya "balas Ayash Arman .

Ayween Areyna tersenyum suka. Yey dapat jumpa Harash !

"Okay. Dah tepi Ayrey nak masuk"Bahu Ayash Arman di tolak ketepi. Menghalang laluannya sahaja.

Masuk sahaja ke dalam office nya , telefon di ambil. Nama Harash di tekan .

'Hai Harash lunch dengan i boleh?'

Satu mesej di hantar kepada Harash . Berharap agar Harash membalas namun hampa .

Tiada balasan dari lelaki itu sedangkan tertera perkataan 'online ' yang menandakan lelaki itu sedang dalam talian.

AYWEEN AREYNAWhere stories live. Discover now