M R S C H O I : H I S P R I O R I T Y
choi yeonjun fanfiction
Choi Yeonjun , si jejaka tampan namun berpewatakan dingin .
Ramai perempuan tergilakan dirinya kerana rupa paras serta pangkatnya .
Namun dalam ramai perempuan yang inginkan dirinya...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" Kita makan kedai tepi jalan je tak boleh ke ? "
Yeonjun berkedip mendengar pertanyaan dari yuri .
Yuri perasan akan perubahan pada wajah yeonjun terus tergelak .
" Saya gurau je . Janganlah terkejut sangat . " sambung yuri .
" oh ingatkan yuri tak suka saya tempah makan malam dekat restoran ni ." Ujar yeonjun . Yuri segera menggeleng menidakkan .
" Mana ada , saya okay je nak makan dekat mana pun . Cuma lepasni , kita makan dekat gerai tepi jalan je la . Lagi sedap ." Kata yuri . Yeonjun hanya mengangguk faham .
Walaupun dia tidak pernah menjejakkan kaki ke gerai tepi jalan , tetapi mungkin selepas ini dia harus membiasakan diri untuk makan di gerai berbanding restoran .
Kereta mula di hentikan , yeonjun keluar terlebih dahulu dari perut kereta . Baru sahaja yuri mahu membuka pintu kereta , yeonjun terlebih dahulu membukakan pintu kereta dari luar .
" terima kasih ." Ucap yuri . Dia menarik senyum manis sembari keluar dari kereta .
Yeonjun menyerahkan kunci keretanya pada pekerja restoran tersebut untuk memindahkan keretanya ke tempat parking . Mereka berdua mula masuk ke dalam restoran mewah tersebut .
" Encik ada buat tempahan meja ? " tanya seorang perempuan pada yeonjun .
" ya . Choi Yeonjun ."
" Oh Encik Yeonjun . Sila ikut saya ."
Pekerja perempuan terlebih dahulu melangkah ke depan dan di ekori dengan pasangan itu .
Semasa hendak menuju ke tempat yang di tempah oleh yeonjun , seorang pelayan restoran tidak sengaja terlanggar yuri .
Yuri bernasib baik kerana yeonjun sempat menahannya .