Bab 34

517 41 2
                                    

(untuk sisi kyle yang satu saya akan panggil 'K' supaya tak keliru mulai sekarang)

K melirik jamnya dengan kerutan di kening.Riaknya jelas tidak sabar.Sekali lagi melirik jamnya sebelum melihat orang yang masih saja terbaring di katil dengan mata tertutup.

"Tsk."kau buat apa baring lama-lama dekat situ.Cepatlah bangun..

Kau tak penat ke?

Dylan yang sudah sedar akan keadaan abangnya apabila tidak sengaja terpandang mata hitam tanpa emosi itu mengecutkan dirinya apabila mendengar abangnya mendecit tidak sabar.

Luka pada dahinya yang sudah ditampal dengan kain pembalut dipegang sebelum melihat dari hujung matanya Rayyan yang masih belum sedar itu.

'Huhuhu..abang Rayyan cepat lah bangun.Bagi balik abang monyet aku!!Dylan tak nak abang muka dingin ni!!'

Darwin yang baru saja kembali dengan plastik makanan ditangannya mengankat keningnya apabila merasakan suasana di bilik wad itu ada yang tak kena.

Pintu ditutup perlahan-lahan sebelum melangkah mendekati dua orang adik-beradik itu.

'Pehal?'

Tanya Darwin tanpa suara kepada Dylan.Dylan mengunakan mulutnya sebagai penunjuk sebelum dimuncungkan ke arah Rayyan.

Melihat itu Darwin mengangguk faham.Boleh dikatakan dia lebih jelas tentang personaliti kyle yang ini.

Tsk..tsk..tsk..tak munasabah atau kalau nak lebih jelas kebudak-budakan.Kalah budak tadika.

Kalau yang satu tak pandai diam dan tak pandai nak insaf yang ni pula memang kebudak-budakan tahap infiniti.

"Nah aku belikan kau kopi.."Kata Darwin sebelum memberikan Dylan air kopi yang dibelinya.

"Tak ada lah mengantuk bila korang nak jadi burung hantu nanti.."Usiknya.

"Terima kasih abang Darwin."Kata Dylan dengan wajah seperti melihat penyelamatnya sebelum menghirup air kopi yang ada ditangannya.

"Surpp~"

K menatap tajam Dylan yang minum sambil berbunyi membuat Dylan tersengih malu.

"Sorry.."Katanya perlahan apabila menyadari kesalahan lalu minum dengan sopan.

K hanya mengangguk tanpa berkata dengan wajahnya yang dingin.Namun tanpa disedari kakinya yang menari telah menghancurkan semuanya.Jelas perbuatannya menunjukkan bahawa dia berpuas hati dengan kerabatnya yang mendengar kata.

Haih...

Darwin menjulingkan matanya melihat perlakuan K yang dingin namun suka itu sebelum mengambil segelas kopi lalu dihukurkan kepada K.

"Mhm.."Katanya sambil menyuruh Kyle mengambil air kopi yang dihulurkannya.

K melirik gelas yang berisi kopi yang dihulurkan dihadapannnya sebelum berkerut."Tsk."Katanya seperti tidak suka namun tetap juga mengambil kopi itu..

"Aku rasa kau perlu rehat.Dia besok pagi baru sedarkan diri.."Terangnya.Jelas siapa yang dimaksudkannya.

"Oh."Balasnya ringkas.

Darwin menatap mata K yang hanya menatap orang yang sedang terbaring itu.

Bahunya diangkat.

Darwin melirik jam tangannya yang menunjukkan jam 12.35 tengah malam.

Tahu dia tak boleh nak pujuk K untuk berehat Darwin beralih pula ke arah Dylan yang jelas mengantuk itu.

"Dylan kau ikut aku balik vila aku."

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now