𝕭𝖆𝖇 53

3.2K 127 6
                                    

6 bulan kemudian,

"Sayang, i sayang you tau. Kalau ada apa apa jadi dekat i, jaga anak kita elok elok okay." Tangan Zayn dipegang erat. Semalam Helena dimasukkan ke dalam wad kerana tarikh untuk dia melahirkan adalah pada hari esok, tapi baby tak sabar nak keluar.

"Apa cakap macam tu sayang, semua akan okay lah. Awak akan sihat, anak kita pun. Jangan lah mengarut." Dahi Helena yang berpeluh itu disapu menggunakan tapak tangannya. Sebelah lagi tangan digenggam erat oleh Helena.

"Okay puan, bila saya cakap push, puan teran okay." Doktor yang ditugaskan untuk menyambut kelahiran anak Zayn dan Helena sudah pun bersedia.

"Sayang dengar sini, semuanya akan okay. Awak kuat sayang, saya tahu." Kata kata semangat itu dibisikkan pada telinga Helena, ayat ayat suci Al-Quran turut dibacakan.

"Okay puan, satu, dua, tiga.."

"Push!"

"Arghh!!"

Setelah beberapa kali mencuba, baby masih belum keluar.

"Sayang i tak boleh." Air mata Helena mengalir, terlalu sakit dan perit.

"Boleh sayang, sikit lagi. Baby tak sabar tu nak jumpa mummy dengan daddy dia. Isteri Zayn Alexander boleh." Zayn mula memberi kata kata semangat apabila Helena sepertinya sudah berputus asa.

Dengarkan sahaja kata kata semangat itu, Helena mula mendapat semangat sedikit.

"Okay puan, sikit lagi." Doktor itu berkata.

"Push!"

"Argh!!"

°°°

"Zayden, tengok kawan awak ni." Laura mendukung bayi lelaki yang selamat dilahirkan oleh Helena.

Zayden yang berada di dukungan Zach itu meronta ronta kerana mamanya mendukung bayi lain selain darinya. Laura pula seronok menyakat Zayden sehingga menangis anaknya itu.

"Sayang, menangis dah anak ni." Zach berkata sambil memujuk kembali Zayden supaya berhenti menangis.

"Eh, eh, masalah rumah tangga, masalah keluarga jangan bawa sampai sini eh." Zayn yang tadi duduk memerhatikan Laura yang sedang mendukung anaknya itu menghampiri Laura lalu dibawa kembali pada Helena.

Laura dan Helena pula sudah tergelak, Laura menghampiri Zach lalu diambil Zayden dari dukungan Zach.

"Tak boleh ada adik lagi lah Zayden ni nampaknya." Dengan selambanya Zayn berkata kata. "Itu lah, aku pun kena tahan--" Kata kata Zach terbantut apabila Laura bertindak mencubit perut suaminya.

"Abang jangan nak mengarut sangat eh." Laura menjeling Zach yang tersengih itu.

"Anak daddy ni, boleh ada adik ramai ramai kan?" Zayn mula tertumpu pada anaknya yang berada di dukung Helena. "You jangan nak memandai, sakit ni pun tak hilang lagi. Dah cakap pasal anak lagi." Kali ini Zayn mula menjadi mangsa cubitan isterinya.

"Auch sakit sayang." Zayn berkata manja sambil kepalanya dilentokkan pada bahu Helena, mulutnya dimuncungkan.

"Ya Allah, kau ni keturunan mama dengan papa ke? Apasal manja sangat, geli aku." Zach berkata sambil tangannya naik memeluk pinggang Laura dari sisi.

"Heh! Kau dengan isteri kau pun sama manja kan! Kau jangan sampai aku culik Laura, jadikan isteri aku juga!" Zayn berkata tidak puas hati. Zach pun bila dengan Laura manja dia lain macam, nak cakap orang!

"Ish diam lah sayang! Anak nak tidur ni kan." Helena mula bersuara apabila abang iparnya dan suaminya ada ciri ciri nak mulakan perang mulut. Mula lah dah tu nak gaduh.

"Kau kalau datang nak gaduh dengan aku, sila balik. Saya sebagai daddy yang berjaya, nak tunjuk dekat anak saya yang daddy dia ni dah matang. Bukan macam awak yang masih dengan perangai budak budak itu. Sekian pesanan dari saya Zayn Alexander kepada abang saya yang bangang tu Zach Alexander." Zayn berkata lalu dilentokkan kembali kepalanya pasa bahu Helena.

Helena yang mendengar itu hanya mampu menggeleng kan kepala, entah suami siapa tu. "Memang aku nak balik pun lah. Dan untuk pengetahuan kau, engkau tu lagi bangang dari aku." Zach berkata daj terus keluar dari wad itu.

"Lah sentap." Zayn berkata perlahan. "Okay lah, Zayn. Helena, saya balik dulu lah. Zach tu memang macam tu sikit." Laura mula melangkah mendekati Helena, ingin bersalam dengan gadis itu.

"Bukan sikit, banyak." Sempat Zayn berkata. "Dah sayang, nak gaduh je kan. Dia tu abang you, cuba hormat." Helena berkata setelah menghantar Laura keluar.

"Eleh, abang lima minit je pun."

***
Okay, mengejutkan sangat ke kalau saya cakap Helena tinggal lagi dua bab? Ehehehehe, well itu lah kenyataannya. :-P

H E L E N A [✓]Where stories live. Discover now