Part 9

520 43 0
                                    

Seminggu kian berlalu, masa seakan berputar semakin laju.

tinggal beberapa bulan sahaja lagi masa yang tersisa sebelum tibanya final exam bagi senior batch 97 di University Of Malaysia.

Sekarang mereka yang bergelar senior semakin sibuk dengan assignment dan tugasan khusus diberikan Professor bagi mengumpul markah untuk final exam mereka.

Begitu juga Tengku Ayden dan Ayrin Mikaila.

Mereka berdua juga berusaha untuk menjadi pelajar tokoh untuk tahun terakhir mereka.

Memandang kan Ayrin Mikaila adalah antara pelajar terbaik di University itu, ianya memudahkan kerja Tengku Ayden.

Tak perlu dia susah susah mencari rakan nya yang  lain untuk meminta bantuan, cukup Ayrin Mikaila membantunya.

Keakraban mereka berdua semakin mendapat perhatian seluruh warga University.

Tak lari "kekasih kekasih" Tengku Ayden.

Perubahan mendadak lelaki itu mendatangkan kehairanan pada diri mereka.

Tengku Ayden tidak lagi melayan godaan mereka, malah tidak melayan mereka seperti dulu.

Lelaki itu lebih kerap luangkan masa bersama si sahabat baiknya, Ayrin Mikaila.

Setiap kali mereka bersama, pasti ada saja mata mata yang memandang tidak puas hati.

Namun Tengku Ayden tidak kisah.

Asalkan dia dapat bersama Ayrin Mikaila.

"Ayrin, lepas kita graduate nanti.. Apa plan awak? Kerja? Sambung belajar lagi? or last choice..

Kahwin dengan saya?"

Soal Tengku Ayden bersama usikan.

Poker Face gadis itu membuat kemunculan pertamanya.

"Jangan nak mengarut boleh? Dah study"

Jawab Ayrin Mikaila lalu kembali fokus pada bacaan dan catatan nota nya.

"Mengarut apa nya? saya cuma tanya perancangan awak.. Itu pun mengarut?"

"Yang tang kahwin tu maksud saya"

"Lahh, mengarut ke? Saya rasa benda itu lah yang paling logik tau tak?"

"Tak, Langsung"

Bidas Ayrin Mikaila tajam.

Tawa lelaki itu tanpa sengaja terlepas.

Cepat cepat Ayrin Mikaila menekup mulut si sahabat.

"Hey! Ni library lah! Awak nak kena makan dengan harimau kat kaunter tu?"

Matanya dilirik ke arah pegawai perpustakaan yang bertugas.

Dengan kaca mata tajam, sanggul tinggi.

Beserta rotan halus yang sentiasa menjadi penemannya.

Bila bila masa dia boleh menendang siapa sahaja yang buat bising di perpustakaan nya.

Memang dia dikenali sebagai "Harimau Pustaka" oleh pelajar pelajar di University itu.

Tidak menjawab persoalan gadis itu, malah matanya ralit merenung Ayrin Mikaila yang kelihatan agak cemas.

Ayrin Mikaila yang tadinya mengintai "Harimau Pustaka" menoleh kembali kepalanya memandang Tengku Ayden yang masih ditekup mulutnya.

Mata mereta bertembung.

He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now