Part 25

1.1K 47 4
                                    

KLIA-

Gadis yang bergenang dengan air mata itu dipeluk kemas oleh Ayrin Mikaila.

"Kak Maya jangan lah sedih sedih.. Ayrin janji, Ayrin akan balik sini jenguk Kak Maya dengan Abang Am"

Pujuk Ayrin Mikaila.

Bahu Maya digosok gosok, menangkan gadis itu.

"Jangan lupa contact kitorang bila dah sampai sana, Jangan memandai je eh!"

Pesan Ammar, dalam tak sedar dia juga turut mengalirkan air mata.

"Huwaaaa!!! Ayrin!! Kenapa jauh sangat?!"

Raung Ammar tiba tiba.

Tersentak Ayrin Mikaila dan Maya.

"Ee mengadalah Abang ni!"

Maya memukul manja bahu Ammar, menghentikannnya dari terus menangis.

"Am jangan risau, Auntie ada dengan Ayrin"

Pujuk Puan Amalyn pula.

Sedikit sebanyak Ammar mula berasa tenang.

"Memalukan betul lah Abang ni"

Bisik Maya di telinga Ammar.

Tergelak kecil Ayrin Mikaila dengan karenah pasangan sejoli itu.

"Tahniah untuk perkahwinan Abang dengan Akak, hehe. Nanti Ayrin balik, pastikan dah siap satu team bola sepak tau?!"

Usik Ayrin Mikaila.

Membahang muka Maya dibuatnya.

"Ayrin jangan risau, bukan satu team je, dua team Abang bagi!!"

Tambah Ammar berseloroh.

"Jangan nak main main eh!"

Sekali lagi bahunya ditampar Maya.

Kesemua mereka menghamburkan tawa.

Tanpa sedar mereka dihampiri seseorang.

"Ayrin? Boleh saya jumpa awak kejap?"

Soal jejaka tampan yang baru saja sampai itu.

Teragak agak Ayrin Mikaila mengikutnya untuk pergi ke kawasan yang agak jauh dari orang lain.

Memberi ruang untuk dua hati itu berbicara.

"Siapa tu Auntie?"

Soal Ammar kepada Puan Amalyn.

"Itulah Tengku Ayden"

"Oh itulah Tengku Ayden rupanya"

"Handsome"

Puji Maya tanpa sedar.

"Amboi amboi, tengok lah siapa yang bercakap tu.. Awak tunang saya ya Cik Maya, tu Ayrin punya"

Gurau Ammar.

"Eishh! Saya tahu lah, saya cuma puji dia je"

Ammar dijeling manja.

Di situasi Ayrin Mikaila dan Tengku Ayden pula, kedua nya masih teragak agak mahu bercakap.

"Ada apa? Saya tak ada masa"

Ayrin Mikaila memecahkan kesunyian diantara mereka.

"Ayrin, awak dah betul betul maafkan saya kan?"

"Awak masih tak percayakan saya?"

Soalan dibalas soalan.

"Kalau awak betul betul dah maafkan saya.. Ambil ni, bawak bersama awak"

He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt