28🧜🏻‍♂️(S2)

616 114 9
                                    

SUDAH dua hari telah berlalu dia tinggal di kediaman Light Mermaid. Stella pula masih lagi tidak dapat menerimanya sebagai sepupunya. Tak semua orang menerima kehadirannya di sini. Jadi Song Hwa cuba membiasakan diri di sini buat sementara waktu sebelum dia pulang ke daratan.

"Uncle boleh saya tanya sesuatu?"

King Mermaid mengangguk kecil lalu menutup buku yang dibaca olehnya dan fokus kepada anak buahnya itu.

"Kenapa diri saya masih macam ini. Saya tak berubah pun menjadi seperti Mermaid ataupun Fairy?"

King Mermaid tersenyum nipis.

"Cuba kamu tanya diri kamu Serena"

Song Hwa tidak faham apa yang di maksud kan oleh King Mermaid.

"Tanya diri kamu yang kamu dapat terima tak diri kamu yang sebenar dan bukannya manusia?"

Song Hwa terdiam.

"Bila kamu percaya diri kamu seorang manusia. Kamu tak dapat terima kamu ini anak campuran. Sampai bila pun diri kamu takkan berubah. Kamu anak istimewa Serena. Sangat istimewa"

Ya, apa yang diberitahu oleh King Mermaid adalah benar. Song Hwa masih tidak percaya yang berlaku sekarang adalah benar. Dia masih percaya dan menganggap dirinya adalah seorang manusia.

"Jika kamu cuba terima diri kamu sedikit demi sedikit akan ada hasil yang menanti kamu kelak. Uncle takkan paksa kamu Serena. Kalau kamu masih nak jadi manusia itu keputusan kamu. Ibu bapa kamu pun akan terima apa sahaja keputusan kamu asalkan kamu gembira dengan pilihan kamu sendiri".

"Gomawo Uncle"

Kepala Song Hwa diusapnya lembut.


🧜🏻‍♂️🧜🏻‍♂️🧜🏻‍♂️

Dia terdengar satu bunyi bising dari tingkap biliknya. Dengan berhati-hati Song Hwa mendekati tingkap tersebut. Ya bunyi ketukan makin kuat.

"Princess"

Suara dalam itu amat dikenali olehnya. Segera dia membuka tingkap tersebut.

"Vincent?!! Apa awak buat dekat sini?!!"

Song Hwa risau kalau ada pengawal istana meronda kawasan ini.

"Saya nak ajak awak pergi sesuatu tempat"

"Sekarang??"

Vincent tersenyum lebar lalu mengangguk kecil.

"Jump princess I will catch you"

Song Hwa mula terjun keluar dari tingkap dan Vincent menangkapnya dengan gaya pengantin.

Dahi Song Hwa diciumnya sekilas membuatkan wajah Song Hwa mula kemerahan kerana malu.

"Kita nak pergi mana?"

"Adalah satu tempat saya nak tunjuk"

Song Hwa kagum melihat kapal antik yang berada di dalam lautan. Kelihatan ini kapal milik lanun yang sudah lama tersadai.

"Nak masuk ke dalam?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nak masuk ke dalam?"

Song Hwa mengangguk teruja. Dia dapat lihat gambar-gambar lama dan barang-barang bersejarah di dalam kapal lanun ini.

"Vincent ada kapal titanic tak berdekatan dekat kawasan sini?"

"Kawasan kapal itu terlalu jauh. Lagi pun awak bukan boleh tahan dengan suhu air yang sejuk"

Tangan Song Hwa diusapnya lembut.

"Betul juga lagipun tak lama lagi saya balik"

"Balik?"

Vincent baru tahu sekarang.

"Saya tak boleh tinggal dekat sini pada waktu yang lama dalam keadaan bentuk saya macam ni Vincent"

"Saya tak kisah bentuk awak macam manusia sekali pun. Saya tetap cintakan awak"

Tubuh Song Hwa dipeluknya erat.

"Vincent awak berhak bersama dengan orang lain"

"Apa yang awak mengarut ni Serena"

"Saya tak mengarut Vincent! Kenapa awak nak menyusahkan diri awak untuk bersama dengan saya. Kita berbeza awak sendiri tahu!"

"Then tell me awak ada suka sesiapa tak?"

Song Hwa terdiam. Dia memandang Vincent dan hatinya berdebar kerana lelaki itu.

"You love me don't you? I can tell from your eyes, Princess"

Song Hwa mengeleng kecil lalu mengundur diri.

"Liar. Awak takut sebab tak pasti kita mungkin akan bersama bukan?"

"Saya nak balik!"

Song Hwa ingin pulang tetapi Vincent menghalangnya daripada pergi.

Tanpa membuang masa Vincent akhirnya mencium lembut bibir Song Hwa. Air mata Song Hwa mengalir laju. Hatinya terlampau sakit.

Begitu kejamnya takdir terhadap mereka berdua. Bukan mudah mereka berdua ingin bersama kerana berlainan identiti dan mesti ramai pihak akan menentang hubungan ini.


🧜🏻‍♂️🧜🏻‍♂️🧜🏻‍♂️

So sad☹️

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[OG: S2] BLUE SIREN  + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now