33🧜🏻‍♂️(S2)

277 43 1
                                    

"Sir Sehun boleh pergi, aku janji akan bawa Serena pulang"

      SEHUN mengangguk kecil dan kalau apa-apa jadi dekat Song Hwa. Dia tahu mana mahu mencari Vincent. Tanpa membuang masa Sehun pergi dari situ.

Vincent mula meletakkan Song Hwa di atas sofa. Dia mula meninggalkan gadis cantik itu sekejap dan mula naik ke atas untuk menguruskan sesuatu.

"Serena"

Song Hwa terjaga daripada tidur apabila suara itu sering berbisik memanggilnya.

"Aku dekat mana ni?"

Song Hwa mengosok matanya beberapa kali lalu bangun.

"Serena"

Dia mengikut bunyi suara itu dengan segera. Song Hwa yakin dia pernah mendengar suara itu. Pintu bilik itu terbuka sedikit. Kelihatan cahaya terang menerangi bilik gelap itu.

"Serena"

Song Hwa membuka pintu tersebut dengan luas. Dia melihat balang kecil yang berada di atas almari.

Tiba-tiba Vincent muncul di hadapannya secara mengejut dan menghalangnya daripada masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba Vincent muncul di hadapannya secara mengejut dan menghalangnya daripada masuk.

"What are you doing here?"

Song Hwa fokus melihat balang itu daripada tadi.

"Fairy? Itu Fairy kan?"

Vincent menarik Song Hwa keluar lalu mengunci pintu bilik ini.

"Apa yang awak sorok daripada saya! Lepaskan tangan saya!"

Vincent menyentuh lembut muka Song Hwa.

"Listen to me, awak tak boleh masuk sana. Bahaya"

"Tapi kenapa dia tahu nama saya Serena?"

"Ada sebab kenapa saya kurung benda itu faham? Please Serena"

Dahi Serena dikucupnya lembut. Serena akhirnya kalah dengan pujukan Vincent.


🪄🪄🪄

"Awak nak balik ke?"  Tanya Vincent ingin tahu sebab dia tahu sekarang sudah hampir pukul 10 malam. Kepala Song Hwa yang baring menggunakan peha Vincent mula bergerak mengeleng tidak mahu pulang.

Vincent yakin mungkin kerana mendiang Yiren. Sejak Yiren telah pergi meninggalkan mereka semua. Rumah itu tak meriah macam dulu. Kalau dulu sebelum dia masuk, Vincent dapat dengar bunyi kecoh ahli keluarga itu bergaduh dan berlari sana sini. Tetapi sekarang rumah itu hanya sunyi seperti tiada penghuni di dalam rumah itu.

"Saya yakin Yiren mesti tak suka kita semua sedih macam ni sebab dia. Saya tahu awak sayang dia sangat"

"Saya tahu tapi saya perlukan masa Vincent. Bukan saya sahaja kena bergerak ke hadapan yang lain pun sama"

"Awak nak tidur sini ke malam ni?"

Song Hwa mengangguk kecil. Vincent tersenyum kecil lalu mengangkat tubuh kecil Song Hwa itu naik ke bilik tidurnya. Sebaik sahaja dia meletakkan Song Hwa di atas katil. Dia mula bergerak pergi.

"Awak nak ke mana? Baring lah sini dekat sebelah saya. Macam lah saya tak pernah tidur sebilik dengan awak masa awak kurung saya dekat dunia laut awak tu" Perlinya.

Vincent tersengih malu.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi, Song Hwa mula membuka matanya. Dia melihat Vincent lena tidur di sebelahnya. Dia mula bangun dengan perlahan lalu meninggalkan bilik itu segera.

Dia pergi ke bilik yang mengurung Fairy tersebut di dalam balang kecil. Dia tahu mesti ada yang tak kena dengan bilik itu.

"Serena"

Balang kecil itu diambil lalu dibuangnya ke bawah. Dia tidak peduli Vincent akan mendengar bunyi kaca itu pecah. Fairy itu mula bebas dan menjelma ke dalam bentuk dewasanya.

"Omma!!"

Serena berlari memeluk tubuh ibunya dengan erat.

🧜🏻‍♂️🧜🏻‍♂️🧜🏻‍♂️

Hi

Lama gila tak update yela busy kerja😭

Ni pun tak janji konsisten update ke tak.

TBC

[OG: S2] BLUE SIREN  + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now