✧・゚: the moment with you is a beautiful day

18 7 14
                                    

Lee Yeon Ra.

Setelah aku tahu sahaja yang Yeon Ra tidak pernah wujud, aku bertindak seperti orang gila.

Susah untuk aku terima kenyataan ini.

Yeon Ra yang aku panggil, peluk, belai, bermanja dan tempat untuk aku lepaskan rindu kepada Mi Ra semua itu hanya khayalan aku sahaja.

Aku memegang tangannya.

"Jagiya, maafkan oppa. Selama ni ..,"

Aku tidak dapat habiskan perkataan ku.

Aku tidak mahu melihat setitik air matanya jatuh sewaktu dia sedang menutupnya dengan rapat.

"Yeon Ra dah tunggu kita dekat suatu tempat. Nanti kita jumpa dia ya...,"

"... bersama."

Aku membaringkan kepalaku pada tangan Mi Ra.

Jikalau dia mahu pergi, bawalah aku sekali.

- lee sangyeon, April 2010.

𝟭𝟮 𝙈𝙤𝙣𝙩𝙝𝙨 • 𝙡.𝙨.𝙮Where stories live. Discover now