✧・゚: I love you so much

14 8 6
                                    

Sudah berbulan, tapi Mi Ra masih tidak sedarkan diri.

Semakin hari, semakin teruk keadaannya.

Setiap kali panggilan dari pihak hospital, aku biarkan sahaja.

Setiap kali mereka datang untuk beritahu sesuatu, aku lari.

Aku tidak mahu mendengar apa-apa berita yang boleh menghancurkan hati aku lagi.

Cukuplah aku masih belum boleh terima lagi yang Yeon Ra gugur dalam kandungan sewaktu Mi Ra kemalangan kelmarin.

Pada ketika itu, kawan-kawan aku hadir untuk melawatnya.

Mereka rajin ke sini untuk memastikan aku dalam keadaan yang baik.

"Kau nak cakap?"

"Kenapa aku pula? Kau yang nak sangat bagitahu tadi."

"Tapi hyung lagi tua."

"Waktu ni baru nak ' hyung '."

Perbualan antara Eric dan juga Haknyeon itu menarik perhatian aku.

"Bagitahu apa?"

Aku mencelah.

Kesepuluh mereka semua segera menundukkan kepala.

Tiada yang berani untuk membuka mulut.

Sehinggalah ...

"Hyung , kau jangan sedih ya."

Selepas sahaja Kevin berkata begitu, aku dengan segera berdiri lalu keluar dari bilik Mi Ra.

Cukup.

Jangan ganggu aku!

- lee sangyeon, May 2010.

𝟭𝟮 𝙈𝙤𝙣𝙩𝙝𝙨 • 𝙡.𝙨.𝙮Where stories live. Discover now