BAB 30

124 9 1
                                    

"Macam mana?kerja yang aku bagi kat kau tu sudah beres?-Hahaha bagus ! Sekarang kau dah dapat semua tu,aku nak kau pergi jauh dari sini sebelum pihak polis dapat kau."lelaki itu menutup telefon sambil tertawa sinis.Puas !puas dapat membalas dendam selepas dimalukan begitu sahaja.

...........

Kayla turun ketingkat bawah menuju kedapur.Dapat dia lihat Dato Fairuz sedang sibuk dengan telefonnya.Datin Kisyah kemungkinan di dapur menyiapkan serapan.

Naim,Adam dan Idris?ketiga-tiga itu langsung tidak balik dari semalam.kayla munuju kearah Datin Kisyah.

"Eh ! Kayla.Terkejut ibu."

Kayla hanya tersenyum kecil.Datin Kisyah menyiapkan Nasi Goreng Kampung untuk serapan.

"Ustaz tak balik lagi ke ibu?"

Mendengar pertanyaan dari menantunya,Datin Kisyah tersenyum tawar.Tahu yang Kayla sedang risaukan Naim.Nak buat macam mana kalau masalah melanda disyarikat mereka.

"Naim masih dekat office,Kayla.Ada masalah dekat sana."kata Datin Kisyah.Dia meletakkan Nasi Goreng yang dimasaknya tadi ke meja.Lalu membancuh air untuk serapan.

"Masalah apa? Serius sangat ke ibu?"

"Uang Syarikat Naim lesap macam tu sahaja.Rasa-rasanya ada orang yang rancang semua ni."

"Banyak sangat ke ibu?"

"Kesemua uang tu berjumlah 17.8 juta.Entah siapa yang buat kerja terkutuk tu."kata Datin Kisyah.

17.8 juta?banyaknya.

"bila dia orang balik ibu?".

Haih.Banyak pulak soalan dia tanya.

"Tak tahu lah,Kayla.Harapkan sahaja lah urusan ni dipermudahkan."kata Datin Kisyah.Sekali lagi Kayla termenung.

"Sarapan lah dulu Kayla.Mesti lepas ni kamu nak ke kedai Makcik Mawarkan."Kayla menggangguk perlahan.Agak-agaknya Naim sudah makan ke tidak ya?

Disisi lain,Naim bersandar di kerusi officenya sambil memejam mata.Tangan kanannya memicit pelahan dahinya.Stress.

Adam dan Idris sudah lama terlelap di sofa officenya.Mereka berdua kelelahan kerana membantu Naim menyelesaikan masalah di syarikat ini.

Malam tadi,mereka dikejutkan khabar yang tidak menyenangkan menyebabkan mereka terpaksa ke syarikat.Uang syarikat Naim iaitu 17.8 juta hilang begitu sahaja.Dan pelakunya adalah Luqman,Pengurus kewangan.

Tidak cukup ke gaji yang dia beri sampaikan sanggup buat kerja terkutuk ni?

Tadi mereka baru lepas selesai membuat laporan dengan balai polis.Akibat kelelahan,dia berehat dahulu di office.Kalau tak,pasti dia akan kembali ke rumah dan bertemu dengan gadis kecilnya.

Naim menekan interkom dimejanya.

"Akak,tolong bawakan semua dokumen tentang rekod kewangan dan fail luqman sekali."

Usai mengeluarkan arahan,Naim terus membuka komputernya.Mencari beberapa maklumat tentang luqman.

"Huaa."

Idris mengeliat perlahan disofa.Dia memandang kearah Naim yang sedang fokus melakukan kerja itu.Sambil menguak rambutnya,dia melangkah kearah Naim lalu duduk dihadapan Naim.

"Kau okey tak ni?"tanya Idris kearah Naim yang masih menekan keyboard itu.Naim memandang Idris sekilas lalu menggangguk.

"Kau ada rehat tak ni?"tanya Idris lagi.Kesian melihat rakannya itu.

Naim tersenyum lalu menggeleng.

"Aku okey.Kau jangan risau.Sorry lah dah babitkan korang dua dalam masalah syarikat aku ni."Dia menutur perlahan sambil melirik Adam yang masih tertidur di sofa itu.Raut wajahnya nampak letih.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now