Bab 3

3.9K 439 48
                                    

"JAUHNYA kita nak makan, takkan sampai ke sana weh?" soal Nerisa dengan wajah yang berkerut. Aira yang masih tenang memandu dipandang.

"Betullah. Alah, relakslah Risa. Kita bukannya ada kerja sangat pun lepas ni. Aku craving gila dengan masak lemak cili api ketam kedai tu" balas Aira. Nerisa ni, tadi bila ditanya nak makan dimana bukan main... tak kisah...tak kisah...sekarang ni bebel pula.

Ye, kedai mana yang dia nak pergi ini sangat jauh. Memakan masa lebih 30 minit juga dari Nerisa Florist tapi sangat dekat dengan tempat kekasih Nerisa bekerja. Hehe, bangunan sebelah aje.

Dia bukannya apa, dia tertengok posting kedai makan itu di Facebook tadi. Minat punya pasal sampai ke Facebook dia follow kedai masakan melayu itu.

Nerisa ni, berbanding marah dia patutnya suka tau. Iyalah, kekasih dia kan sibuk jadi berbanding susahkan Luqman ke kedai bunga, Nerisa aje ke pejabatnya. Lagipun, Aira yakin Luqman mesti suka punya.

Dia masih ingat saat dia dan Nerisa ke pejabat lelaki itu untuk menghantar barang, bukan main suka Luqman melihat wajah Nerisa ada depan mata. Masa tu pun, dia sedang sibuk je. Apalah sangat 10 minit yang diluangkan buat kekasih tersayang kan.

"Sampai!" ujar Aira teruja sambil membuka tali pinggang keledarnya.

"Jomlah, asal termenung pula ni?" soal Aira bila dia yang mahu buka pintu terhenti melihat Nerisa masih kekal membatu di tempat duduknya. Tak excited pun macam selalu. Nerisa ada masakah ke?

"Jom... jom" ajak Nerisa pula.

Beriringan, mereka melangkah tenang menyelusuri deretan kedai disitu sehinggalah tiba dikedai masakan melayu yang diidamkan Aira.

Fuh, kedai paling faveret setakat ini. Luqmanlah yang membawa mereka makan disini sewaktu pertama kali dulu. Memang the best cuma tak dapat datang selalu aje sebab jauh. Kalau tidak memang masakan di kedai makan ini dia hadap hari-hari.

"Kau pergilah tengok lauk dulu. Aku jaga meja" ujar Nerisa sambil menuju kearah salah satu meja yang paling hujung.

Nasib baik bawah kipas, kalau tidak memang dia bersila luar kedai. Punyalah panas cuaca hari ini.

"Dik nak minum apa?" soal pelayan kedai itu sambil tersenyum mesra kearah Nerisa.

"Saya nak limau ais satu dengan teh o ais limau"

Sebaik mengangguk faham, wanita itu beredar.

"Done, kau pergi ambil pula" ujar Aira dengan senyuman bahagia sebaik pinggan diletakkan diatas meja. Mana tak bahagianya, sebelah tangan lagi ada semangkuk ketam masak lemak cili api idaman kalbunya.

Entah mengidam agaknya Aira tiba-tiba nakkan masak lemak cili api yang jauh berkilometer dari mereka.

"Air kau aku dah orderkan tau"

"Alright"

Selesai menyambar kari ikan dan beberapa jenis lauk lain termasuk sayur, Nerisa kembali ke meja dan menjamah makanan tengah harinya.

Sambil menikmati hidangan, dua sahabat itu berbual santai. Tentang bunga, tentang mamat handsome tempah bunga tadi dan ada juga tentang hasrat nak bercuti.

Selesai makan, Nerisa terus ke kaunter pembayaran manakala Aira pula disuruhnya keluar dahulu. Waktu-waktu makan tengah hari ni, kedai agak sesak lagi-lagi hari ini hari cuti. Jadi tak payahlah nak bayar makanan pun nak berdua-duaan.

"Berapa ye kak?" soal Nerisa.

Kakak tersebut mengambil kertas diatas mejanya yang sudah tercatat harga dan diletakkan menghadap Nerisa.

Dear Nerisa √Where stories live. Discover now