𝗘𝗣𝟭𝟭 | 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗶𝗿 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗽 𝗱𝗶𝗮

91 15 173
                                    

DISCLAIMER :
TW !! RAPE ATTEMPT & SEXUAL HARASSMENT CONTENT

"Joonyoung ! Ada orang nak jumpa" panggil seorang pelajar lelaki yang kebetulan berada di pintu kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Joonyoung ! Ada orang nak jumpa" panggil seorang pelajar lelaki yang kebetulan berada di pintu kelas.

Joonyoung berkalih memandang dua orang sahabatnya sebentar. Kedua - dua mereka mengangkat bahu ikut tertanya - tanya. Siapa pula yang mahu berjumpa di waktu pulang ini ?

Tak mahu buatkan 'tetamu' tersebut menunggu lama, Joonyoung pantas bergerak ke pintu kelas meninggalkan Aeyoung dan Jungwon di belakang.

Wajah pucat Sophie menjengah penglihatannya. Gadis itu terus berkerut dahi risau. Mata Sophie berkaca bersama air mata yang melorot jatuh tanpa henti. Tangannya mengelap hingus yang hampir meleleh di hidung.

Dia terus menggenggam tangan Joonyoung menariknya mendekat.

"Joo-joonyoung. Tolong aku" rayunya teresak - esak.

Baru mulut Joonyoung terbuka, dia terus ditarik pergi berlari merentasi koridor lapang itu. Jungwon dan Aeyoung berlari mengejar namun mereka lebih pantas menghilang di balik pelajar - pelajar yang berpusu - pusu keluar untuk pulang ke rumah.

"Kita nak buat apa ni ?" soal Aeyoung mula cuak.

Jungwon menarik nafas dalam setelah penat berlari. Dia menggelengkan kepala menghantar signal bahawa dia pun tak mampu berfikir saat tersebut.

+×+

"Sophie, kita nak pergi mana ni ?" soal Joonyoung selepas sedar langkah mereka kini menuju ke lorong laman belakang sekolah.

Sahabatnya diam. Seperti tak kedengaran lagi suara menangis tadi. Gadis itu buntu. Apa yang sedang terjadi ?

Lamunannya tersentak setelah mereka berhenti betul - betul di hadapan sebuah stor lama. Sophie berpaling dengan anak mata dingin. Tiada raut sedihnya yang berjaya buatkan Joonyoung simpati sewaktu mereka bertemu tadi.

Sophie mendongak ke langit. Bibirnya ketawa sinis.

"Kau ada apa - apa ke dengan Jay sunbae ? " matanya menjeling Joonyoung atas ke bawah.

"Tak, kami cuma berkawan. Awak pun nampak kan ?" gadis tersebut masih bersopan.

"Kawan ?"

"Tergedik sana sini kau nak cakap korang kawan lagi ?" jerkah Sophie membuatkan Joonyoung mengundur takut. Ini bukan Sophie yang dia kenal.

"Sophie, awak okay tak ni ?" soalnya kerisauan.

"Tak ! Aku tak okay !!" jerit Sophie sekuat hati.

𝗱𝗼𝗻'𝘁 𝗴𝗲𝘁 𝗵𝘂𝗿𝘁 | 𝗉𝖺𝗋𝗄 𝗃𝖺𝗒 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now