𝗘𝗣𝟭𝟮 | 𝗹𝘂𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮

98 15 206
                                    

Sebulan kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebulan kemudian,

"Joonyoung - ah ! Palliwa !" jerit Jungwon melihatkan sahabatnya masih sibuk mengemas buku di meja belajar. Sedangkan sebelum ini elok saja dia biarkan mejanya bersepah.

"Kau pergilah dulu. Nanti aku datang" dalihnya kononnya masih banyak lagi barang yang perlu dikemas.

Jungwon bercekak pinggang. Maknanya dia perlu pergi seorang diri ke kelab merekalah begini ? Aeyoung sudah lama menghilang bersama Sunghoon.

"Ah, banyaklah alasan kau. Dah nak masuk sebulan tau kau tak datang aktiviti kelab. Kau jangan sampai Heeseung sunbae hilang sabar"

Gadis itu berpura - pura tuli. Buku - bukunya dimasukkan ke dalam locker. Kata - kata Jungwon bagaikan masuk telinga kiri keluar dari telinga kanan.

"Joonyoung" panggil Jungwon perlahan.

"Apa ?" dia tak berkalih.

"Sampai bila kau nak larikan diri dari Jay sunbae ? Dia yang selamatkan kau tau. Bukan dia yang cuba untuk-

"Jungwon" tegur Joonyoung tegas menghentikan ayat lanjut dari lelaki itu.

Selepas dia pengsan pada waktu hari mimpi buruk tersebut, Joonyoung terjaga di hospital. Dia dirawat selama beberapa hari kemudian barulah dibenarkan untuk pulang. Tapi hatinya masih belum bersedia untuk pulang ke sekolah jadi dua minggu kemudian barulah dia datang ke sekolah seperti biasa.

Dari apa yang dia dengar, Ayden telah ditangkap pihak polis dan Sophie ditukarkan ke sekolah sama seperti Aleen. Aeyoung dan Jungwon langsung tidak dibenarkan olehnya untuk mengungkit perkara yang telah terjadi.

Dia mahu menghapuskan memori hitam itu secepat mungkin supaya hidupnya mampu berjalan seperti normal semula.

Cuma masalahnya sekarang, Joonyoung seperti ada masalah untuk bertemu dengan Jay. Hatinya belum bersedia untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya setelah apa yang berlaku. Jay pula seakan tahu, langsung tidak mencarinya dalam tempoh tersebut.

Sebulan mereka merenggangkan diri, langsung tidak berjumpa.

Jungwon menunduk memandang lantai. Dia juga tak mahu menyebut tentang perkara itu tetapi dia tak sanggup melihat kedua - dua sahabatnya murung dan tak seperti dulu lagi. Sama ada Jay atau Joonyoung, kedua - duanya sama saja.

"Kau ambillah masa kau. Aku pergi dulu. Jangan risau, nanti aku cuba cakap dengan Heeseung sunbae" ujarnya kecewa kemudian berlalu pergi.

Setelah kedengaran bunyi tapak kaki Jungwon meghilang, Joonyoung akhirnya terduduk kembali di kerusi. Dia merehatkan kepalanya bersandar ke dinding sambil melontar pandangan ke luar tingkap.

Pintu kelas berbunyi sekali lagi tanda dibuka membuatkan Joonyoung tersenyum berpaling. Pasti Jungwon terlupa barangnya lagi.

"Kau jangan cakap yang kau tertinggal-"

𝗱𝗼𝗻'𝘁 𝗴𝗲𝘁 𝗵𝘂𝗿𝘁 | 𝗉𝖺𝗋𝗄 𝗃𝖺𝗒 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now