Hutang part 1

98.7K 278 1
                                    

*HUTANG*
*Prelude*
Suamiku balik dari kerja dengan Muka yang kusut. Aku dah boleh menjangka. Kesilapan kami sewaktu mula-mula ingin bernikah dengan membuat pinjaman semakin menjerat kami. Selain itu, kami jugak membuat pinjaman untuk membeli peralatan elektrik Dan perabut rumah. Ditambah lagi dengan sewa rumah yang harus diselesaikan setiap bulan. Namaku intan. Seorang Suri rumah sepenuh Masa. Suamiku bernama Rafi. Beliau hanya bekerja sebagai pengawal Keselamatan. Setelah 2 tahun berkahwin kami dikurniakan dengan seorang cahaya Mata. Disini kehidupan kami mulai berubah.
Perbelanjaan setiap bulan semakin meninggi. Aku sering mendesak suami ku untuk mencari kerja yang mempunyai gaji yang lebih tinggi atau membuat kerja sampingan Demi menampung perbelanjaan kami. Aku jugak Cuba membantu dengan membuat jualan dalam talian secara kecil-kecilan tetapi mempunyai anak kecik yang masih menyusu menyebabkan pergerakan Aku sedikit terbatas Dan hanya mampu menyumbang secara sedikit sahaja diatas pendapatan kami sekeluarga. Tiba-tiba suamiku mendapat panggilan kecemasan dari Kampung. Keluarga mertuaku ditimpa masalah. Suamiku sebagai anak sulung bertanggungjawab until membantu. Mereka memerlukan Rm2000 untuk menyelesaikan masalah mereka. Suamiku tiada pilihan lain terpaksa membuat pinjaman ahlong bagi membantu keluarganya. Aku Cuba menasihati suamiku kerana risau tidak mampu membayarnya dengan komitment bulan yang sedia Ada. Ditambah lagi dengan pinjaman Ahlong. Apa yang Aku khuatiri menjadi kenyataan. Jadual pembayaran yang sepatutnya dibayar mula tidak diikuti. Suamiku mula semakit kusut dan hal ini menyebabkan prestasi kerja beliau juga semakin merosot. Sering tidak hadir kerja menyebabkan pendapatan bulanan kami semakin berkurangan setiap bulan. Aku mula hilang sabar dan sering bercakap mengenai Hal hutang ini yang semakin menimbun. Kemuncaknya orang suruhan Ahlong mula mencari kami dirumah. Aku sudah Naik malu dengan jiran-jiran apabila Ahlong membuat bising didepan rumah. Akhirnya suami mula terjebak dengan air ketum Dan seterusnya dengan najis dadah dek kerana tekanan yang dihadapi.
Akhirnya suamiku membuat keputusan yang agak Gila iaitu menjual semua peralatan elektrik yang Ada seperti mesin basuh,peti ais Dan tv selain perabot seperti katil Dan almari bagi menyelesaikan hutang kepada Ahlong terlebih dahulu. Beliau mula bertanyakan kepada rakan- rakan ditempat kerja Dan kawan- kawannya yang lain sekiranya berminat.
Nasib menyebelahinya. Sekarang rakannya bernama Kamal berminat untuk membeli kesemua sekali barangan tersebut.
Kamal ini lebih tua dari suami ku. Berumur dalam 40 tahun. Merupakan seorang pemborong buah-buahan Dan barangan sejuk beku yang mempunyai rangkaian kedai di kawasan utara. Beliau juga sudah beristeri.

DisebalikDonde viven las historias. Descúbrelo ahora