Disebalik Part 25

11.3K 111 2
                                    

***Restart***

Sudah lebih sebulan Jalil Dan Ramli menyembunyikan diri di sebuah rumah yang disediakan oleh Kamal. Kini sudah tiba masanya bagi Jalil Dan Ramli untuk memulakan  pelarian mereka. Pada tengahari itu seperti biasa Kamal akan membawakan mereka makanan tengahari.

" Bang..jemput makan bang..yang  ni jer mampu..maklumlah orang bujang.."

" Kau ni..yang ni pun kami dah terima kasih banyak..dah sebulan lebih kau tanggung kami.."

"Alah abang ni..takder Hal lah..ini hari abang..esok lusa hari Saya..Mana tahu?.."

" Kau ada buat benda salah ker?.."

" Eh..takder lah..makan dulu bang..hehehe"

Jalil Dan Ramli menjamu selera dengan makanan tengahari yang dibawa oleh Kamal. Seusai menikmati  makanan tengahari, mereka bertiga bersantai di ruang tamu sambil menghisap rokok. Jalil Dan Ramli menyuarakan hasrat mereka untuk pergi dari rumah Kamal.

"Eh..biar betul bang..rilek la dulu .bagi keadaan betul-betul reda.."

" Aku nak cerita malas dengan kau Kamal..tapi kau Tau lah kan..aku memang boring dengan suasana sini..maaf lah kalau kau terasa apa yang aku cakap ni.."

" Eh..takder bang..hahaha..Saya tahu bang..sebab tu Saya bawak ole-ole sikit ni.."

Satu ketulan berbalut aluminium foil diletakkan atas meja. Ramli mengambil ketulan itu Dan membukanya. Muka Ramli bersinar ceria.

"Eh..macam tau- tau yer kau Kamal.."

Kamal hanya tersengih didepan Jalil Dan Ramli.

" Saya faham la apa yang abang-abang maksudkan dengan boring tu..Saya pun tahu pasal kes abang yang kene kejar polis tu..Dalam berita pun ada sebut.."

" Botol Shisha ada belakang almari tu bang .guna lah yang tu dulu.."

Rupa-rupanya ketulan itu adalah ketulan ganja yang sengaja Kamal belikan untuk kegunaan Jalil & Ramli.

"Yang ni jer bang Saya boleh carikan..abang enjoy la dulu..sambil-sambil tu ada benda Saya nak bincang dengan abang.."

Kamal menceritakan kepada Jalil tentang rancangannya secara terperinci. Jalil tekun mendengar penjelasan dari Kamal. Sedang Kamal menceritakan rancangannya kepada Jalil, Ramli tiba Dan duduk disebelah Jalil sambil ditangannya memegang botol shisha yang diambil dari dalam almari.

"Projek apa ni Kamal, serius jer Aku tengok.."

"Projek ayam kampung"

Kamal menjelaskan dengan terperinci rancangannya kepada Jalil Dan Ramli.
Selesai Kamal menjelaskan kepada mereka berdua, Jalil mengalih pandangannya kepada Ramli..

"Macam Mana, kau rasa boleh buat  tak?.."

" Saya ikut abang lah..tapi macam menarik jugak tu.."

"Abang jangan risau..tempat semua Saya akan siapkan.."

Terbayang di kepala Kamal tentang sebuah rumahnya yang baru disiapkan di dalam dusun. Lokasinya jauh dari penempatan masyarakat Dan hanya  ada satu jalan sahaja untuk keluar masuk dan ini menjadikan kawasan itu lokasi yang ideal untuk rancangannya.

"Petang nanti Saya bawa abang berdua ke rumah singgah Saya di dusun hujung kampung ni..tengok sesuai ke tidak?

" Aku ikut jer rancangan kau..nampak macam menarik..kurang sikit rasa boring aku disini..hahaha."

"Ok bang..nanti Saya siapkan semuanya..Saya rasa minggu depan Kita dah boleh Mula.."

" Bang..kalau takder apa-apa..Saya pergi ke kedai dulu..nanti balik petang nanti kita ke sana.."

Kamal pun bergegas keluar untuk ke kedai Dan meninggalkan Jalil Dan Ramli dengan ole-ole yang diberikan.

***********************************

Pada petang itu, Kamal membawa Jalil Dan Ramli ke sebuah rumah yang terletak didalam dusunnya.

" Macam Mana bang..boleh Tak kawasan ni.."

" Eh..abang rasa sesuai sangat..jauh jugak dari rumah orang.."

Mereka masuk kedalam rumah yang Masih kosong tanpa sebarang perabot namun lengkap dengan kemudahan asas seperti air dari telaga boring dan bekalan elektrik dari generator.
Kamal membawa Jalil Dan Ramli ke garaj dibelakang rumah Dan disitu terdapat sebuah kereta proton wira.

" Nanti nak buat projek tu..abang guna la kereta ni..Saya baru jer beli tu..tip top condition.."

"Haah..elok jugak..kalau ada kereta asing camni..orang Tak cam sangat.."

"Esok Saya hantarkan tilam Dan kipas angin..abang ada nak apa-apa2 lagi tak.."

" Ok jer..buat Masa sekarang yang tu dulu.."

Kemudiannya mereka bertiga pulang ke rumah mereka Dan Kamal pun menceritakan apa yang patut Jalil Dan Ramli lakukan untuk menjayakan rancangannya.

DisebalikWhere stories live. Discover now