Hutang part 2

58.7K 211 0
                                    


*Bantuan*
Setelah menetapkan Hari yang dipersetujui, Kamal datang ke rumah berseorangan. Suamiku Ada dirumah. Setelah memberi Salam beliau dijemput masuk ke rumah. Suamiku mula menunjukkan barangan yang ingin dijualnya. Setelah meneliti barangan yang akan dibeli, beliau berpuas hati dengan kondisi barangan tersebut. Mereka duduk diruang Tamu. Aku datang membawa hidangan air Dan duduk disebelah suamiku bagi mendengar butir- butir perbincangan mereka kerana Aku tidak yakin dengan suamiku. Risau beliau akan menggunakan duit tersebut untuk menghilangkan ketagihan beliau. Setelah tawar menawar. Kamal bersetuju untuk membayar secara tunai sebanyak RM4500 nilai barangan tersebut. Memandang masih lagi awal, Kamal mula bertanyakan Hal kami sehingga terpaksa menjual semua barangan rumah itu. Adakah kerana kami ingin berpindah?. Disebabkan sebelum bekerja sebagai pengawal, suamiku pernah menjadi pekerja beliau jadi perasaan malu agak berkurangan untuk berkongsi masalah yang sedang dihadapi. Suamiku tanpa segan bercerita sehingga menangis disebabkan tekanan yang dihadapi. Aku jugak menangis sambil menyabarkan suamiku. Setelah mendengar masalah kami, Kamal duduk tersandar di sofa sambil menggeleng kepala mendengarkan masalah yang kami hadapi. Tiba-tiba beliau berkats beliau tidak jadi membeli barangan kami itu. Kami terkejut..
Memandangkan suami pernah bekerja dengan beliau Dan Salah seorang pekerja yang diharapkan beliau. Namun disebabkan jarak tempat kerja agak berjauhan suami memilih untuk berhenti bekerja dengan beliau.
"Rafi..macam ni lah..abang rasa abang Tak jadilah nak ambil semua barangan ni"
Aku Dan suami tergamam..
*"Sabar..dengar dulu apa yang abg nak cakapkan"*
*"Abang kesian kan kami Rafi..Abang kenang jasa kamu semasa abang mula-mula berniaga. Kamu banyak membantu abang."*
*"Abang akan tolong kami dengan syarat..Rafi..kamu mesti berhenti ambil dadah..abang nak kamu berubah..kerja elok-elok..jaga anak bini baik-baik"..*
*"Esok Kita pergi syarikat Ahlong tu..abang tolong kami selesaikan hutang kamu..bulan-bulan kamu bayar pada RM 100 saja..tapi abang nak kami bayar sendiri ke tangan abang..*
Aku berasa sungguh lega. Suamiku memeluk kamal dan mengucapkan terima kasih Dan berjanji akan berubah. Sebelum balik beliau menghulurkan sampul ke bawah bantal anakku yang sedang tidur didalam buaian. Buat belanja katanya. Setelah Kamal balik, Aku membuka sampul tersebut Dan terdapat kira-kira Rm500 ringgit hadiah dari Kamal kepada anakku.

DisebalikWhere stories live. Discover now