Short Story

27 3 0
                                    

Aurora Valley School for Fairy Godmother itu adalah sekolah impian para ribuan gadis fairy godmother untuk belajar di sana. Pengetua sekolah pada masa itu iaitu fairy Stella telah melahirkan anak yang paling dinantikan untuk mewarisi tugasan sebagai Fairy Godmother. Dan di dalam bilik yang penuh dengan perhiasan berwarna pink dan ribbon seorang baby boy telah dilahirkan.

“Alamak, macam mana kalau begini? Anak saya sepatutnya mewarisi tugas saya sebagai Fairy Godmother tapi masalahnya sekarang ni dia adalah baby boy!” kata fairy Stella kepada suaminya iaitu fairy white amber, Arthur dengan cemas.

“Sayang janganlah cemas macam ni, kan dalam rules fairy Godmother tiada tertulis yang lelaki tidak boleh menjadi fairy Godmother kan? Apa kata sayang teruskan saja niat sayang itu untuk melatih anak kita sebagai fairy Godmother dalam versi lelaki dan panggilan untuk dia adalah fairy Godfather?” cadang si suami untuk memujuk isterinya.

Maka sejak dari itu seorang fairy Godfather telah dilahirkan dan dia diberi nama Hector White Amber. Semasa Hector berumur tiga tahun dia sudah citarasa sendiri dalam pemakaian tugasan fairy godfather dia,maka itu dia berkeras menolak warna-warna pakaian pilihan ibunya yang berwarna biru pink dan mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap warna oren.

Ketika dia berumur lima tahun, dia secara curi-curi menggunakan magical stick neneknya untuk mengendalikan kereta kuda labu dengan baik sekali. Sehinggalah dia berumur tiga belas tahun, Hector sudah pun menghalaf kesemua magical spell yang diajarkan oleh ibu nya dan mampu menghasilkan pelbagai bentuk kereta kuda labu.

Stella melihat kemampuan Hector jauh melebihi pelajar-pelajarnya dan untuk memastikan Hector sudah sedia untuk melaksanakan tugasnya sebagai fairy Godfather, semasa umur Hector genap lima belas tahun Stella memberi tugasan kepada Hector untuk menunai setiap permintaan yang ditulis dan dimohon melalui surat tulisan tangan dari dunia manusia.

Dengan itu, Hector memulakan tugasan nya tahun demi tahun membalas dan menunaikan setiap permintaan daripada dunia manusia. Hector melihat kepada permintaan manusia yang tidak pernah dipuaskan, dia mampu mengeluh dan berkata “Manusia memang tidak menghargai apa yang di hadapan mereka.Mereka sudah memiliki pakaian yang begitu mewah dan indah tetapi tetap ingin memiliki mahkota yang terindah dan tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun.
Sudah memiliki kenderaan yang mewah tetapi masih meminta kenderaan yang besar. Dan paling terpenting, tidak memiliki keberanian dan kejujuran tetapi mahukan cinta yang sejati.”

Sebab itulah semasa Hector melakukan tugasan, dia tidak begitu suka memakai magical sticknya melainkan menggunakan kekuatan dan usahannya sendiri untuk menjadi fairy Godfather yang selayaknya.

Hari ini, Aurora Valley School for Fairy Godmother menerima sampul surat yang agak uzur dan dalam surat itu tertulis;

“Hai fairy Godmother,

Saya ingin membuat permintaan. Saya harap yang saya dan rakan kecil saya dapat kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan makanan tanpa perlu lagi mengalami kelaparan.

--Dari Icothia Land
Olivia Ella Grey”

“Eh? Itu saja? Tiada sudah? Begitu simple ja” Hector terkejut dan tidak sangka yang buat pertama kalinya dia menerima permintaan yang simple ini. Kerana sifat Hector yang agak tidak sabar, keesokan harinya dia menaiki kereta kuda labu mininya ke Icothia Land untuk melakukan pemantauan. Dan disana juga, kali pertama dia bertemu dengan jolokkan “Cinderella” Olivia Ella Grey dan mempercayai isi kandungan surat yang dituliskan oleh Ella.

Rupanya, Ella memang sentiasa kelaparan dan rakan kecil yang Ella maksudkan dalam surat itu adalah tikus-tikus dan burung-burung yang pandai membantunya untuk menjahit pakaian yang cantik untuk diberikan kepada makcik dan kedua kakak sepupunya yang merampas kesemua harta peninggalan bapa Ella.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 27, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

She's Not An Ordinary CinderellaWhere stories live. Discover now