[Dua puluh]

375 53 9
                                    

Jihyo membuka matanya perlahan .kepala diangkat ingin melihat sekeliling.

Oh dia ada dihospital.

Jungkook yang tertidur disebelahnya sambil duduk itu dia pandang.patutlah sedap dia tidur.rupanya kepala dia terletak sedap di atas bahu jungkook.

Eh?jap.siapa yang bawak dia masuk sini kalau dia yang sedang tidur tadi?tak kan lah sir jungkook.dah lah hati batu

Tiba tiba lengannya dicuit.oh!yohan.kenapa ya dia asyik lupa kehadiran yohan?

"Papa yang dukung noona masuk ke dalam.papa dah gerakkan noona,tapi noona tak bangun"jelas yohan separa berbisik kerana tidak mahu mengacau jungkook yang sedang tertidur.

Jihyo menutup mulutnya.terkejut.sir dukung dia?dia tidur mati ke apa tadi?!okay, dia tarik balik kata katanya yang mengatakan jungkook hati batu tadi.

"Jadi kenapa kita kat sini lagi?"soal jihyo sambil tangannya menguraikan rambut yohan kebelakang

"Papa cakap,kita kena tunggu keputusan x-ray"

Sampai macam tu sekali aku perlu di-xray kan?aku nampak macam tidur mati sungguh ke apa?

"Yohan tak mengantuk ke?"soal jihyo dengan intonasi lembut buat yohan

Yohan menggeleng

"Eh kenapa tak tidur?tengok papa tu.dah tertidur dah"jihyo menunding jungkook yang tertidur tenang itu.tidur pun kacak!

Yohan memanjangkan lehernya melihat jungkook yang berada disebelah kiri jihyo.

"Papa suruh yohan jengukkan noona.eh!tapi jangan risau.yohan ada cakap dekat papa yang yohan tak nak tidur.sebab itulah papa suruh jengukkan noona"panjang yohan menjawab sambil tersengih sungging

Terharu jihyo mendengar kata yohan tadi.sir rupanya care jugak lah dengan dia.dia fikir tak ada hati langsung jika dia sakit begini.

"Thank you"ucap jihyo dan mencuit pipi yohan.muka dah lah kacak macam jungkook.bagaimana lah dia tak suka teruk dengan budak ni kalau sudah semirip macam bapak dia.

"Aip!no problem"

Jihyo terkekeh suka melihat gelagat yohan.adoi comellah.kalaulah yohan itu anak dia,dah lama dia kunci kat rumah.takut dirembat orang!

"Kau dah okay?"soal jungkook sambil menguap kecil.badannya diregangkan kerana lenguh.

Jihyo mengalih kepalanya memandang jungkook.bangun dah pun...

"Dah"jawab jihyo sambil tersenyum pucat

"Kepala kau?"

"Sakit lagi,tapi sekarang saya boleh lah nak tahan sikit"

Jungkook menatap jihyo lama seperti memikirkan sesuatu

"Meh aku nak tengok kepala kau"jungkook mengangkat tangannya ingin menyentuh tempat benjol jihyo namun ditahan gadis itu.dia memandang jihyo dengan raut wajah tertanya

"Sir nak buat apa?"

"Aku nak tengok benjol kau tu lah.ish meh lah aku nak tengok"

Jihyo menggeleng tidak mahu

"Nanti sakit lagi"

"Jangan cakap banyak,aku nak tengok jugak"jungkook terus memegang kepala jihyo dengan sentuhan lembut lalu dia memerhati tempat benjol itu.

"Hm"jihyo memejam mata.takut betul jungkook sentuh Tempat benjol tu.sakit dia bukan main walaupun terkena hentakkan bola.

Setelah melihat benjolan itu jungkook melepaskan jihyo.

Seducing Professor.Jeon [JJK]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt