E N A M P U L U H L I M A

8 0 0
                                    

Niq's pov

Aku dah bebas.

Aku berhak katakan itu.

Dan aku berani cabar diri untuk ulangi kenyataan tersebut.

Hati aku pecah kepada beribu serpihan apabila mata aku tertancap pada mama yang ligat menggosok lantai luar. Seluarnya basah lecun akibat air sabun.

Dia sedang bersihkan sesuatu.

Tangan aku digenggam kemas. Aku masih boleh kesan apa yang tertera pada lantai itu.

Sampah masyarakat

Disembur dengan semburan berwarna merah.

Dengan amarah yang menyelubungi diri, aku melangkah laju ke arah mama. Tangannya direntap kasar buatkan mama berdiri.

"Apa mama nak sembunyikan semua ni daripada Niq?" Soal aku dengan nada mendatar. Mama kelihatan agak terkejut dengan kehadiran aku yang tidak diduganya.

Soalan aku dibiarkan tanpa jawapan. Mata aku yang berapi bersatu dengan mama sehingga dia tidak sanggup balas pandangan aku.

Mama pegang tangan aku yang masih genggam erat tangannya. Dileraikannya lembut sebelum dia sambung menyental lantai.

Mata aku jadi sayu. Wajah diraup. Tangan mencekak pinggang.

Gigi diketap rentap.

Aku sakit hati tengok mama melutut. Sebagai anak lelaki dia, aku rasa marah.

Niq yang patut lindungi mama. Tapi kenapa asyik mama sahaja yang melutut untuk Niq?

Tanpa hiraukan apa-apa, aku melutut di sebelahnya. Tak kesah jika pakaian aku basah. Tangan mama disentuh penuh hati-hati. Berus dipegangnya aku ambil.

Semburan cat merah di atas lantai aku sental.

Kami berdua hanya diam.

Mama membisu. Aku tahu dia sedang merenung tepat pada aku.

Pandangan penuh dengan kasihan diberikan.

Segala kelakuan aku terberhenti. Mata aku terarah tepat pada lengan kiri mama yang menampung kestabilannya.

Apa yang aku nampak adalah... Parut.

Parut jahitan.

Aku tahu apa benda itu. Bibir dikemam. Pandangan dikalihkan.

Aku memang tahu apa benda itu.

Dan aku juga rasa ragu-ragu dengan andaian sendiri.

Tapi betulkah apa yang aku fikirkan ini?

Sifat ingin tahu aku membuak. Aku nakkan jawapan daripada dia. Aku perlukan kesahihan daripada mama.

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now