Program | Detect

61 24 0
                                        

"Program ini boleh menjangkau aktiviti manusia. Aku telah membuatnya walaupun mana-mana peranti telah dimatikan. Tidak terhad untuk memecah masuk dalam sistem yang dicipta manusia pakar selain tuan dan Sir."

Yuna menyandar dan menatap empat ekor robot di depannya. Jari jemarinya berhenti menekan kekunci hologram.
"Dalam erti kata lain, melalui jaringan ini kau mencuri lihat kegiatan manusia? Program yang kau ciptakan itu sangat tidak adil." Komen Itachi tidak setuju.

Memerhati dari kamera kecil pada telefon bimbit ke atas manusia dan melakukannya senyap-senyap agak keterlaluan.
"Tapi ini, kita boleh menggunakan kesempatan untuk mengetahui kegiatan mereka lebih lanjut." Sokong Kagami pula.

"Ia bukan sedikit, sepertinya seluruh kerajaan. Wah, sangat ramai menggunakannya telefon bimbit. Setahu aku keistimewaan peranti ini untuk berhubung sahaja bukan?" Hisaya pula mengodam dengan mata robotnya. Berjuta-juta nama masuk dalam datanya.

"Kalau itu yang kau nak Yuna, pastikan kau letak sistem keselamatan yang baik." Ujar Itachi merasakan tiada pilihan lain.
"Aku akan melakukannya berhati-hati. Tidak perlu memberitahu tuan dan Sir tentang ini. Aku boleh menguruskannya." Yuna tayang senyuman meleret.
"Yuna, ini agensi apa? Seperti mereka mempunyai eksperimen ke atas manusia." Hisaya tergodam salah satu pangkalan manusia.

Yuna cuba menerobos masuk.
"Projek tu, ia seperti mengambil tenaga sihir dengan cara kekerasan." Yuna terkebil-kebil. Dia membuat salinan dan dipampangkan ke hologram agar dilihat bersama.

"Manusia sangat tamak, mereka boleh melatih sihir mereka berkembang ke arah yang lebih adil. Bukan mencuri sihir orang lain." Momori pula komen tidak suka dengan cara mereka.

"Selagi kita tidak diganggu, jangan menganggu." Yuna senyum meleret.
"Prinsip Sir kau petik." Momori menggeleng kepala. Memang mereka tidak akan buat hal.

"Biarkan mereka." Itachi memadamkan saluet hologram itu. Jauh dari ruangan itu, mereka terdengar sayup-sayup suara pergaduhan.

"Mereka gaduh lagi." Guman Kagami.
"Kau macam tak biasa." Hisaya berkata sambil bercekak pinggang.
"Aku cuma membazirkan tenaga aku untuk mengemas dan memperbaiki dinding." Rungut Kagami. Mereka semua tertawa dengan situasi Kagami. Selalu menjadi mangsa.

Yuuma muncul disitu bersama Amikie. Jelas wajah bengang Yuuma dengan Amikie yang tergelak seperti biasa.

"Aku tak dapat bayangkan sekiranya kakek mengetahui kita Reborn Mikie, kita baru sahaja memberitahu kita adalah Relife."

Yuuma menghempas tubuhnya ke sofa, Yuni datang menyerah satu tablet lut sinar seperti biasa apabila kedatangannya disitu. Permukaan hologram ditayangkan.
"Kalau dia mengetahuinya, kau tau buat apa Shio. Aku tak rasa mereka akan kejam setelah mengetahui kita adalah Reborn."

Yuuma hanya diam, ibarat apa yang dikatakan Amikie masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Kita tengok apa yang akan terjadi." Yuuma tutup tentang itu. Amikie membuka GATE menuju ke makmalnya.

"Tuan, saya ada laporan untuk semalam."

Yuuma mengerling Kagami.
"Selalunya kau boleh uruskannya tanpa bantuan aku Kagami." Hairan Yuuma.
"Ini tentang Sakura." Hisaya pula menyampuk.

"Kenapa dengan dia?" Yuuma memberi perhatian.
"Satu kerajaan ni telah detect Sakura bukan manusia dan mereka telah menangkap Sakura untuk penyelidikan."

Yuuma terkebil-kebil.
"Matikan Sakura. Pindahkan datanya sebelum diselerakkan oleh mereka." Yuuma menekan bucu meja kaca depannya dan membuka saluet hologram. Riaknya bersahaja dan selamba. Siapa yang dapat menembus program keselamatan yang dia cipta? Memang malanglah manusia tersebut.

"Kami sudah pindahkan datanya tuan sebelum dia diculik, tetapi Sakura ada meninggalkan pesanan. Dia memberitahu ada manusia ingin berjumpa tuan sebagai pemilik Sakura." jelas Hisaya lagi.

Yuuma mengeluh, dia tidak berminat tentang perkara itu.
"Aku malas. Biarkan tubuh Sakura disana, kita bina yang baru." Yuuma malas peduli.
Mereka mengangguk.

"Itachi, kau kenal Shiori dari mana? Adakah kau kenal dia masa penyamaran sebelum ini?" Yuuma melontar soalan tanpa memandangi Itachi.

"Ya, tapi dia tidak mengenali siapa saya tuan. Tuan usah risau tentang itu." Itachi berkata bersama senyuman.

"Begitu ya, kalau macam tu kau dengan Momori bergerak sekarang ke istana. Jumpa kakekku dan berbincang dengannya. Aku sudah mendapat izin darinya untuk membina barrier mulai hari ini."

"Baik tuan." Itachi melesap dengan Teleport diikuti dengan Momori. Mungkin singgah ke tempat berdekatan Hq Alive sebelum ke sana. Yuuma tidak peduli, yang penting tugas itu harus dilaksanakan.

"Tuan, seperti yang tuan minta. Kawasan Afrika telah dibasmikan, namun Malaysia masih terinfaksi."

Yuuma menoleh memandang Yune.
"Clean semua area tu."
"Dimengertikan."

.......

Di Kerajaan lain, satu pusat penyelidikan.

"Tidak! Tidak! Tidak! Tidak!" Seorang remaja lelaki mengundur jauh dari komputernya. Beberapa rakan kerjanya turut menghampiri.

"Apa yang terjadi?" Soal salah seorang dari mereka.

"Robot itu mempunyai bug. Pertahanannya baru ku pecah masuk tapi ini yang terjadi." Remaja lelaki itu menekan-nekan papan kekunci komputernya.

"Ia telah mengawal sistem aku. Aku tak dapat berbuat apa-apa." Ujar remaja lelaki itu sangat kecewa.

"Program itu sangat berbahaya, aku tak rasa ini lapisan terakhir kau harus lepasi, entah-entah masih banyak lagi bahagian lain yang masih dilindungi." Ujar yang lain pula.

"Ya, aku juga setuju. Robot ini berlakuan seperti manusia. Penciptaannya luar biasa. Lihatlah isi badannya. Sangat berbeza dari teknologi kita." Ucap salah seorang dari mereka.

"Robot ni buat apa di kerajaan kita?"

Mereka akhirnya menemui jalan buntu. Badan robot yang berselirat wayar itu dipandang oleh mereka dengan perasaan kecewa dan tertanya-tanya.

"A, Alive. Pasti ini agensi rahsia."

......

DIMENSION WORLD 𝐂Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang