• 6 •

242 20 10
                                    

"Jangan lupa singgah la rumah ibu dengan ayah ye, dah kahwin pun jangan lupa kita orang bang Fiq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jangan lupa singgah la rumah ibu dengan ayah ye, dah kahwin pun jangan lupa kita orang bang Fiq." Ucap Hajjah Haziah ketika mereka berada di ambang pintu.

Hari ini, Taufiq dan Nadim akan ke rumah mereka sendiri yang tentunya hasil dari titik peluh Taufiq selama dia bekerja.

"Ish ibu, takkan la Fiq lupa. Ibu dengan ayah juga yang satu kan kitaorang. Ye lah, nanti Fiq dengan Fia selalu jenguk ibu dengan ayah." Ujar Taufiq mencium tangan ibunya dan memeluk sebentar sebelum bersalam dengan ayahnya dan melakukan perkara yang sama.

Nadim yang berada di belakang suaminya hanya diam menunduk, masih segan dengan keluarga mertuanya.

Sekarang giliran Nadim untuk bersalam dengan kedua ibu bapa mertuanya, dan ketika itu juga ibu mertuanya membisik di telinganya.

"Im bersabar dengan Fiq eh, dia memang malu dengan orang dia kenal. Tapi insyaAllah rumah tangga korang akan bahagia. Ibu tak kisah pasal cucu, tu semua pilihan Nadim dengan Fiq sendiri ye sayang. Jangan fikir banyak sangat, jalani je macam biasa." Nasihat ibu mertuanya yang hampir menitiskan air mata cantiknya.

Dia ingatkan ibu mertuanya ini seperti ibu ibu yang berada di dalam drama yang selalu dia tontoni, tetapi jauh sekali.

"Terima kasih bu." Hanya itu yang mampu dia ujarkan.

Dicium pipi ibu mertuanya dan memeluk erat.

Setelah sesi perpisahan, akhirnya pasangan pengantin baru itu menaiki kereta milik Taufiq dan segera bergerak ke destinasi yang ditujui yang hampir memakan dua jam empat puluh lima minit.

Selama perjalanan mereka ke rumah baharu mereka, Nadim yang katanya ingin menemani suaminya tetapi matanya tidak berkerja sama yang berakhir dengan dia terlelap.

"Fia..bangun. Kita dah sampai ni." Suara halus Taufiq perlahan mengetuk gegendang telinga Nadim.

Nadim yang akhirnya tersedar mengerang kecil dan menggeliat.

"Oh abang, baru sampai?" Tanya Nadim, tangannya menggosok matanya yang masih kuyu.

Taufiq tersenyum sebelum menundukkan pandangannya. "H-ha ah baru je. Jom lah, kita mandi dulu lepas tu cari makan." Katanya.

Nadim terus membulatkan matanya mendengar sesuatu yang aneh di perkataan suaminya.

"T-tak maksud abang, Fia mandi la dulu. Lepas tu baru abang." Untung Taufiq orangnya peka, tapi setelah mengujarkan ayatnya.

Keduanya menunduk malu, dan beberapa minit kemudian barulah Nadim membuka tali keledarnya.

Taufiq dengan cepat mengambil beg beg mereka yang berada di perut belakang kereta Jaguar nya.

Mereka berjalan berdampingan dan berhenti serentak apabila tiba di pintu. Nadim dapat mendengar Taufiq yang membaca (dengan perlahan) doa sebelum memutar tombol pintu rumah sederhananya.

Keduanya membuat kerja masing masing iaitu membersihkan diri, Nadim yang mandi di bilik utama mereka manakala Taufiq di bilik tetamu.

The Night

Kedengaran dentingan sudu pada permukaan kaca pinggan seraya mereka sedang makan malam.

Hanya udara malam yang dingin menemani mereka, Taufiq yang menahan untuk meluahkan sesuatu akhirnya membuka mulutnya.

"Em..Fia?"

Nadim terus mengangkat kepalanya, memandang Taufiq yang kelihatan gugup.

"Ye bang?"

"Um.. kita kan kahwin atas dasar perjodohan orang tua kita. Dan abang semestinya tak menyesal jadikan Fia peneman hidup abang." Ayat Taufiq membuat Nadim kembali merona.

"Jadi abang nak...kenal dengan Fia lebih dalam. Abang nak jadi suami yang terbaik untuk Fia walaupun Fia takde rasa apa apa lagi. Boleh?" Tanya Taufiq sopan.

Agak lega dapat meluahkan isi hatinya yang sebelum ini dia pendam. Kini, Nadim dibuat malu bercampur dengan perasaan senang.

Tak sangka suaminya akan bersikap terbuka dengannya. Dan apa yang kata olehnya sebentar tadi? Ingin mengenalinya lebih dalam lagi?

"Mestilah boleh. Im siapa nak tolak, abang bukannya orang asing, suami Im juga kan. Abang berhak semua ke atas Im. Im pun suka kalau abang pun nak bagi peluang untuk kita berdua. Slow slow ye bang?" Tanya Nadim, matanya masih memandang nasi dipinggannya.

Taufiq tersenyum lega, tangannya perlahan-lahan manarik dan mengusap perlahan permukaan belakang tangan suami kecilnya dengan ibu jarinya walaupun sebenarnya hanya Tuhan yang tahu bagaimana gementarnya dia menyentuh lelaki manis ini yang sekarang sudah pun sah menjadi pasangannya hidup dan mati.

"T-terima kasih sudi terima abang sebagai suami Fia." Ujarnya tersipu.

Nadim hanya mampu mengangguk, terlalu terkedu untuk sekadar membuka mulut. Ini terlalu cepat baginya.

"Oh ye, nanti minggu depan abang ajaknya nak buat makan makan sikit untuk rumah baru kita. Fia okey ke?" Tanya Taufiq, jarinya masih bertaut dengan sang isteri.

"Eh Im okey je, lagi okey sebenarnya." Kata Nadim mencuba untuk membiasakan diri dengan sikap manis suaminya.

"Okey lah nanti abang bagitau ibu dengan ayah. Kita buat ringkas ringkas je. Eh dah lewat ni, jom tidur." Dengan itu mereka balik ke bilik mereka untuk merehatkan tubuh badan yang masih penat akibat majlis dua hari lalu.

[OG] My Soleh Husband || 국뷔Where stories live. Discover now